MUMBAI, 12 SEPT 2012: Marah sungguh aktor Bollywood, Ranbir Kapoor apabila disoal tentang hubungannya dengan aktres gandingannya dalam filem Barfi iaitu Ileana D'Cruz.
"Motif saya adalah untuk bercakap pasal filem saya. Bukan memberitahu anda semua tentang hubungan cinta saya. Saya bekerja keras dan dalam filem Barfi ini pun saya bekerja betul-betul.
"Kalau anda tanyakan pada saya bagaimana rasanya bekerja dengan Anurag Basu, pasti saya akan menghormati anda. Tapi, kalau anda tanyakan pada saya bagaimana hubungan saya dengan Ileana D'Cruz, saya tidak hormat anda.
"Jadi, kalau dan hendak soal saya, soal saya tentang kerja saya, bukannya tentang hubungan cinta saya," kata aktor berusia 29 tahun ini.
Rangka promosi Barfi membuatkan Ranbir Kapoor sangat sibuk kebelakangan ini, apatah lagi ianya bakal ditayangkan pada 14 September ini.
Membawakan watak sebagai budak lelaki yang pekak dan bisu, aktor ini mengakui dia sangat gementar dengan penerimaan penonton terhadap filem lakonannya itu.
"Kalau saya berasa yakin, barangkali bakat lakonan saya akan hilang begitu saja. Saya berdoa supaya akan terus diberikan rasa yang seperti ini, walau 20 tahun yang akan datang," katanya.










