Syamsul Yusof Mahu Adi Putra, Sofi Jikan Dicalonkan

berita | Tempatan

Syamsul Yusof Mahu Adi Putra, Sofi Jikan Dicalonkan

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2012: Pengarah dan pelakon filem KL Gangster, Syamsul Yusof terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Pengeluar Filem (PFM) bahawa pencalonan dalam mana-mana kategori di dalam Anugerah Blockbuster dilakukan olah pihak penerbit sendiri, padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya, yang mana dia sendiri tidak tahu menahu bahawa pihaknya yang seharusnya menghantar pencalonan setiap kategori yang dipertandingkan.

Malah, anak kepada produser filem tersohor, Datuk Yusof Hsdlam ini juga hampir berang tatkala diajukan pelbagai soalan berkaitan dengan anugerah ini sehingga melabelkan penganjuran anugerah ini sebagai tidak sistematik dan mengundang banyak spekulasi berunsur tidak puas hati.

"Secara jujur, sudah berulang kali saya memberikan komen mengenai anugerah ini. Secara peribadi, saya melihat banyak kepincangan berlaku dalam penganjuran anugerah yang pertama kali dianjurkan.

"Saya merasakan penganjur sediri agak keliru dengan apa yang dijalankan. Saya lebih terkejut apabila semalam saya baru saja diberitahu filem saya iaitu KL Gangster baru dicalonkan untuk kategori filem aksi.

"Padahal, dari awal lagi, satu Malaysia sudah diberitahu bahawa KL Gangster merupakan sebuah karya saya yang bergenre aksi. Saya rasa ketidakadilan telah berlaku di sini kerana filem lain sudah lama menerima undian dan tidak bagi filem saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Menjawab mengenai aktor Adi Putra yang tidak tercalon dalam kategori yang dipertandingkan, Syamsul merasakan sewajarnya, pelakon ini boleh dicalonkan untuk kategori Watak Penyangak Terhebat.

"Agak sukar untuk saya komen tentang Adi Putra yang tidak dicalonkan. Saya merasakan, Adi layak untuk dicalonkan dalam kategori Watak Penyangak Terhebat. Begitu juga seorang lagi pelakon filem saya, Sofi Jikan.

"Mereka mesti ada. Untuk kategori hero pula, sukar untuk saya menjelaskan dan saya juga tidak mahu mempertikaikannya. Terus-terang, saya tidak tahu menahu pihak syarikat produksi yang perlu mencalonkan nama artis untuk setiap kategori.

"Bagi saya, penganjur perlu melakukan kajian terlebih dahulu mengenai kelayakan seseorang calon. Kalau nak suruh syarikat, mungkin semua nama tercalon. Sekarang ini, saya mahu calonkan dua nama pelakon yang saya sebutkan tadi," jelasnya.

Merasakan agak terlambat untuk nama itu dicalonkan, Syamsul mengakui dirinya turut menjadi mangsa kecelaruan undi apabila dia melihat undian yang dimilikinya telah diundi semula.

"Saya pun pelik. Anugerah ini nampak macam huru-hara saja. Macam saya sendiri, mula-mula dicalonkan dalam kategori hero dan pengarah pada awalnya dan secara tiba-tiba undian saya telah di reformate semula. Saya rasa perkara ini sepatutnya tidak terjadi.

"Nak kata saya kecewa tidaklah juga. Saya merasakan anugerah ini kurang sistematik. Saya serahkan kepada pihak penganjur untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Jangka masa amat penting dalam penjurian yang dibuat menerusi undian.

"Yes..saya berasa sedikit terkilan. Ia tidak patut terjadi. Pihak penganjur sepatutnya tidak menayangkan jumlah undian seperti Anugerah Bintang Popular. Biar ia menjadi rahsia," ujarnya.

Sementara itu, Syamsul sempat memberitahu kadangkala penganjuran sesebuah anugerah lebih banyak mengundang masalah dan kontroversi.

"Setiap kali anugerah, mesti ada masalah dan kontroversi. Padahal anugerah adalah untuk menghargai jasa dan budi seseorang. Saya mahu anugerah ini lebih sistematik. Kepada peminat saya, teruslah menyokong dan undi saya dan filem saya. Tentukan pilihan terbaik anda. Sokongan anda menunjukkan sokongan terhadap industeri filem tempatan," kata Syamsul mengakhiri perbualan.

Komen-Komen | 10

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





saya setuju sgt2 apa yg syamsul perkatakan......ADI DAN SOFI JIKAN MEMANG PELAKON YG SGT2 HEBAT....DIA PATUT DICALONKAN....
farish - 13-Sep-2012

setuju dengan shamsul.....Adi Putra & Sofi wajar dicalonkan
WATI - 13-Sep-2012

Sepertimana yang saya agak, sudah berlaku ketidakadilan dalam majlis anugerah ini. Jadi, saya bukan saja setuju bahawa Adi Putra & Sofi Jikan mesti dicalonkan, bahkan mahu kesemua pelakon & filem 2011 yang tidak tercalon dicalonkan! Terima Kasih...
@dzhafqimmurai - 13-Sep-2012

Jika pelakon yang mempamerkan lakonan cemerlang seperti Adi Putra dan Sofi Jikan tidak tercalon bermakna pihak penganjur menafikan hak peminat untuk mengundi mereka,nama kategori pun tidak sesuai..Watak Antagonis Terbaik lebih sesuai digunakan
Optimus Prime - 12-Sep-2012

Agreed....pencalonan entah aper2 je...Ning penyangak terbaik n sulaiman yasin aka mat over hero baru terbaik...get real lah wit the nominations...lawak giler...
Booo - 12-Sep-2012