Britney Spears: Sukar Saya Jadi Macam Kim Kardashian

berita | Luar Negara

Britney Spears: Sukar Saya Jadi Macam Kim Kardashian

addthis kongsi icon



LOS ANGELES, 11 SEPT 2012: Penyanyi Britney Spears akui sukar baginya untuk menjadi seperti Kim Kardashian yang sentiasa tampil penuh stail dan glamor. Lebih-lebih lagi bila Britney Spears lebih menggemari penampilan yang kasual.

"Saya lebu suka pakai jeans dan baju-t yang ringkas. Senang cakap, saya lebih suka penampilan ala Tomboy. Jadi, agak sukar untuk saya jadi macam Kim Kardashian.

"Dia sentiasa tampil dalam keadaan yang posh. Malah rambut dan mekapnya juga sentiasa okey sepanjang masa," katanya.

Pun begitu, kata Britney Spears, walaupun lebih menggemari penampilan yang ringkas, tapi adakalanya dia tahu dia perlu tampil dengan lebih bergaya.

"Bila lihat orang bergaya, saya rasa macam seolah-olah saya juga kena ke depan dengan gaya sebegitu," katanya.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: