Aktor Ryan Reynolds Kahwin Blake Lively Senyap-Senyap

berita | Luar Negara

Aktor Ryan Reynolds Kahwin Blake Lively Senyap-Senyap

addthis kongsi icon



LOS ANGELES, 10 SEPT 2012: Nampaknya ramai yang tidak akan begitu suka bila membaca artikel mengenai aktor kacak sasa, Ryan Reynolds ini. Apa tidaknya, Ryan yang juga bekas suami kepada Scarlett Johansson ini telah pun berkahwin senyap-senyap dengan aktres Blake Lively di Mount Pleasant, Charleston, South Carolina, semalam.

Pasangan ini sebenarnya dilihat sudah beberapa kali datang ke Charleston dan ia semakin menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan bahawa ia mungkin mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai lokasi perkahwinan mereka.

Namun, baik Ryan Reynolds mahu pun Blake Lively, mereka berjaya merahsiakan tentang majlis perkahwinan mereka itu sehinggalah semalam. Namun, keluarga dan rakan terdekat dilihat turut mengunjungi Charleston. Begitu juga dengan pereka kasut kegemaran Blake Lively iaitu Christian Louboutin.


Walaupun baru menjalinkan cinta selama setahun selepas ditemukan di dalam filem Teh Green Lantern pada 2011, Blake Lively, 25 dan Ryan Reynolds, 35, benar-besar serius membawa hubungan mereka ke tahap yang satu lagi.

"Mereka gemar menghabiskan masa di luar kota dan sangat menghargai perjalanan hidup yang perlahan, " kata satu sumber apabila bercerai mengenai persamaan Blake Lively dan Ryan Reynolds.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda