Layanan Bak Diva Capital FM Sambil Beramal

stailista | Buletin Stailista

Layanan Bak Diva Capital FM Sambil Beramal

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 11 SEPT 2012: Pelbagai cara boleh dilakukan untuk beramal, tidak semestinya ia perlu dibuat dengan begitu formal.

Stesen radio Capital FM, satu-satunya stesen radio khas dari wanita untuk wanita telah muncul dengan aktiviti mereka, Viva La Vida yang ternyata lain daripada yang lain.

Viva La Diva merupakan satu tawaran hebat yang boleh anda dapatkan di Groupon, di mana setiap penjualan baucher didermakan kepada Dignity for Children Foundation bersempena dengan W.A.T.T.S (Where Aid Turns To Sustainability).

Untuk itu, bagi memperkenalkan aktiviti amal menarik anjuran stesen radio berkenaan, 20 orang wanita bertuah terpilih bersama-sama dengan penyampai radio Capital FM seperti Xandria Ooi, Joanne Kam, Liang, Asha Gill dan beberapa lagi telah menjelajah ke seluruh Kuala Lumpur dan dilayan seperti seorang 'Diva'.

Sembilan buah MPV mewah telah membawa 10 orang pendengar bertuah bersama seorang rakan untuk menikmati layanan seperti seorang Diva pada hari tersebut.

Siri jelajah sehari itu meliputi pelbagai tawaran dan menjanjikan kesempurnaan seperti seorang diva.

Hentian pertama dimulakan dengan sesi urutan dan rawatan tangan di Beaute Library.

Kemudian diteruskan dengan para diva di bawa menikmati makan tengah hari dengan penuh glamor di restoran Twenty.One Tables+Terrace di pusat beli-belahBangsar Shopping Centre.

Seterusnya mereka telah diberikan peluang untuk menikmati kepuasan berbelanja di Parkson Pavilion dengan baucher bernilai RM 500.

Dalam kesibukan melayan nikmat membeli-belah, mereka juga disediakan dengan beberapa aktiviti bagi mengutip dana buat program amal ini.

Tidak berkahir disitu, mereka dibawa ke The Food Studio untuk menikmati sesi bersama Chef Paul yang terkenal dengan kepakaran menghasilkan hidangan istimewa dan petua berguna yang dimiliki tukang masak terkenal berkenaan.

Kesemua aktiviti menarik ini juga boleh anda nikmati dengan hanya mendapatkan baucher tersebut di Groupon.my dan dalam ketika anda menikmati kesemua layanan seperti seorang 'Diva' anda juga telah melakukan satu kebajikan buat mereka yang memerlukan.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista