Victoria`s Secret Menjelma Di Kuala Lumpur

stailista | Buletin Stailista

Victoria`s Secret Menjelma Di Kuala Lumpur

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 11 SEPT 2012: Walaupun tiada bayangan para model terhebat dunia seperti Alessandra Ambrossio mahupun Gisele Bunchen atau lebih dikenali dengan gelaran Angels yang memperagakan para pakaian dalam seksi seperti dalam pentunjukkan fesyen Victoria Secret saban musim, majlis perlancaran butik pertamanya di Kuala Lumpur tetap meriah dengan kehadiran para fesyenista menyambut kedatangan label ini.

Victoria Secret yang terkenal dengan pakaian dalam, haruman dan aksesori yang popular di seluruh dunia ini telah ditunggu-tunggu kehadirannya bagi memeriahkan lagi kerancakan buat wanita gila berfesyen dan melawa di kota ini.

Membuka pintu pertamanya di pusat membeli belah Pavilion, Victoria Secret Beauty Accessories menawarkan pelbagai variasi produk rekaan label berkenaan seperti haruman seksi dan menawan selain set penjagaan diri dan aksesori yang pasti memikat hati setiap wanita.

Tidak dilupa juga pada mereka yang gemar mengumpul himpunan terkini musim luruh seperti beg bagasi, tas tangan dan beg kosmetik yang dibawakan khas sempena dengan pembukaan sulung butik berkenaan.

Antara yang menjadi perhatian adalah beg kosmetik yang pelbagai guna dan tahan lasak untuk melengkapkan rutin kecantikan anda agar sentiasa bersedia dan tampil menawan.

Barangan kulit juga turut tersedia untuk anda miliki dalam pelbagai variasi dan rekaan serta material.

Buat mereka yang mahu kelihatan penuh Stailista kala berlibur dan melancong, ilham kelengkapan berlibur seperti sampul passport kini boleh dimiliki dalam pelbagai motif dan rekaan yang cukup bergaya.

Pemilihan material rona emas mahupun kulit buaya sudah semestinya jadi pilihan. Dompet khas untuk berkelana dalam pilihan rona dan motif mengancam sudah tentu diperlukan kala merehatkan minda dan masih tampil bergaya.

Pastinya apa sahaja yang menjadi taruhan di butik pertama ini hanya untuk mereka yang suka bergaya glamor.

Pada malam pembukaan rasmi itu juga dapat dilihat para peragawati memperkenalkan haruman terbaru mereka yang bakal menjadi kegilaan buat wanita yang gemarkan haruman yang segar dan manis ini.

Bombshell kini boleh didapati di sini tanpa perlu anda terbang ke lokasi dan negara lain untuk memilikinya.

Kini anda sudah tidak ketinggalan wanita, Victoria Seret kini sudah berada di kota anda dengan pilihan yang tidak akan mengecewakan.

Ilham musim luruh pasti membuatkan anda seperti tidak mahu membiarkan ia berlalu tanpa anda memiliki himpunan terkini yang sudah tentu menambahkan keterampilan anda.

Klik di sini untuk Koleksi Musim Luruh Victoria's Secret 2012

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





bestnya...my fav....
mas - 11-Sep-2012






Blog Stailista Terkini


I Love Stailista