Erra Fazira Kongsi Detik Terindah Sambil Beramal RM1

stailista | Buletin Stailista

Erra Fazira Kongsi Detik Terindah Sambil Beramal RM1

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2012: Semenjak bergelar ibu, bekas ratu cantik negara untuk tahun 1992 ini dilihat memberikan perhatian yang sangat khusus terhadap puteri tunggalnya, Engku Aleesya.

Selain kemesraan yang terjalin di antara ibu dan anak ini, Erra Fazira juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam sebarang acara amal lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hal-hal keibuan.

Termasuklah menjayakan sebuah kempen berbentuk amal anjuran Johnson&Johnson baru-baru ini, di mana Erra Fazira dan model terkenal tempatan, Carla Song telah bertindak menyokong acara Precious Moments yang mengajak para ibu-ibu di luar sana untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu dan anak melalui perkongsian gambar detik terindah mereka.

"Sebelum ini, ada beberapa kali saya terlibat dengan acara-acara dan kempen yang dianjurkan Johnson&Johnson. Kali ini sebagai menghargai hubungan saya dan jenama penjagaan bayi terulung ini, saya ingin menyokong kempen ini kerana ia dilakukan dalam bentuk amal.

"Kecanggihan media elektronik dan sosial kini boleh dimanfaatkan menerusi aliran yang betul. Untuk kempen ini anda hanya perlu melayari laman rasmi Facebook di www.facebook.com/iLove Johnsonsbaby.com dan boleh mula menghantar gambar seberapa banyak yang diinginkan.

"Bagaimana acara ini menjadi program amal adalah apabila setiap foto yang dihantar oleh peserta, setiap RM 1 akan disumbangkan ke saluran yang memerlukan seperti rumah anak yatim dan kebajikan. Gambar yang dihantar mestilah menujukkan waktu terindah (Precious Moment) anda bersama ibu,"jelas Erra yang gembira dapat memberikan sumbangan melalui sokongannya kepada kempen ini.

Bercerita mengenai detik terindah Erra Fazira bersama Engku Aleesya, aktres cantik ini berkongsi kenangannya sewaktu melahirkan Aleesya.

"Pabila mengingatkan memori ketika saya baru melahirkan Aleesya, melihat dia berada dalam dakapan saya, ia merupakan momen yang tidak akan pernah saya lupakan. Ia adalah detik yang paling bermakna buat saya sebagai seorang ibu, tiada apa dapat menggambarkan kegembiraan saya pada saat itu.

"Walaupun pada ketika itu saya tidak mempunyai kesempatan merakamkan sebarang gambar tetapi setiap saat yang dilalui tidak mungkin saya lupa kerana ia terlalu indah untuk saya lupakan,"jelasnya mengenai detik terindah dalam hidupnya.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista