Hamil 6 Minggu, Azza Elite Keguguran

gosip | Gosip kita

Hamil 6 Minggu, Azza Elite Keguguran

addthis kongsi icon

KL, 7 SEPT 2012: Murai Batu tumpang sedih dengar cerita ini. Ia mengenai pelakon yang juga ahli kumpulan Elite iaitu Nor Azzarima Zawari atau Azza. Khabarnya dia telah pun keguguran selepas hamil 6 minggu. Buat masa ini Azza tidak mahu diganggu kerana masih berduka dengan insiden tersebut.

Murai Batu harap Azza dapat bersabar. Murai Batu faham perasaan Azza sekarang ini. Siapa yang tidak mahu menimang cahayamata, lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumahtangga buat kesekian kalinya.

Tidak apalah. Anggap sajalah ini bukan rezeki. Semua ini pasti ada hikmahnya. Yang penting, Azza tidak boleh berputus asa dan sentiasalah berdoa pada Allah Swt supaya dikurniakan lagi rezeki daripadaNYA.

MURAIBATU: Banyak sungguh berita yang menggembirakan serta menyedihkan yang Murai batu terima sepanjang minggu ini.

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





rasanya Azza ada sebut, dlm 1 artikel yg sy baca, dia tdk mahu terlalu manja wktu hamil mcm bila ada org tegur angkat benda berat.hmmm yerlah,wanita hamil nih mmg kena berhati2.mungkin ada hikmah ats apa yg berlaku.sabar ye Azza...
zai - 7-Sep-2012

sbr eik,bukan rezeki,usaha lg,bawa solat,minta dimurahkan rezeki lagi
RAIYYAN limpaku pinang - 7-Sep-2012