Gelaran Bengong, Lan Pet Pet Minta Maaf Pada Linda Onn

berita | Tempatan

Gelaran Bengong, Lan Pet Pet Minta Maaf Pada Linda Onn

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2012: Pelawak, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad akui terkejut selepas mendapat tahu bahawa Linda Onn sebenarnya 'terasa' dengan gurauannya apabila dia memanggil pengacara dan penyampai radio dengan gelaran bengong dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Malah, Lan Pet Pet memberitahu dia sendiri tidak menyangka isu itu akan berlanjutan kerana ahli kumpulan Senario itu sudah pun meminta maaf sebaik sahaja majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Perdana Menteri dan isteri, Menteri Besar, orang kenamaan serta tetamu jemputan yang lain tersebut berakhir.

"Terus-terang saya terkejut apabila diberitahu Linda Onn masih terasa dengan gurauan serta lawak yang saya lakukan kepadanya itu kerana saya sendiri sudah meminta maaf atas apa jua ketelanjuran kata-kata saya pada akhir majlis tersebut.

"Saya fikir dia sudah boleh menerima permohonan maaf saya dan saya sendiri tidak terfikir dia masih memendam rasa. Apa-apa pun, saya mahu minta maaf banyak-banyak pada Linda Onn atas apa yang berlaku kerana apa yang berlaku bukan dilakukan atas niat yang disengajakan," katanya kepada murai.com.my.

Walau bagaimanapun, Lan Pet Pet memberitahu dia akan segera menghubungi Linda Onn sendiri bagi menyelesaikan isu tersebut supaya ia akan tidak lagi berpanjangan.

Terdahulu dalam artikel murai.com.my, Linda Onn akui terkilan, malu dan terasa dengan tindakan seorang pelawak telah menggelarkan dirinya 'bengong' di sebuah majlis yang dikemudikan mereka bersama. Linda Onn juga sebelum itu telah meluahkan rasa malunya itu di laman rasmi Twitter miliknya pada minggu lalu.

Komen-Komen | 13

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Sebab tu Rasul larang gurau senda, lawak atau sesuatu yang boleh membawa kepada ketawa yang berlebihan. Semakin besar dan banyak terbuka mulut. Semakin banyak pula syaitan berpaut. Renungkanlah !!!!
Zol Shari - 10-Sep-2012

sebagai manusia haruslah saling menghormati.. sebagai manusia jugga haruslah saling memaafi.. renung2kan..
hamba_Mu - 9-Sep-2012

saje nak share pengalaman...pernah naik satu flight dgn geng senario dan aku pernah kene 'bengong' dgn lan pet pet sbb x tau nk tekan button yg mana untuk amik gambar...
3170 - 9-Sep-2012

Kalau kami dkt utara ckp bengong adalah joking perkara biasa je......sbb tu lan pet pet ckp bengong......kerana inilah cara kami bergurau.....jgn tak tau.
cewekpenang - 9-Sep-2012

itu lah sebab-nya ...cakap tak serupa bikin..!
radzz - 8-Sep-2012

1 2 3