KUALA LUMPUR, 6 SEPT 2012: Biarpun sudah menemui pengganti yang mampu mengisi ruang hatinya, namun pengacara propaganza, Marsha Milan Londoh akui dia sendiri bingung apabila dia seringkali gagalbercinta. Malah, dia juga tidak tahu apakah punca di sebalik kegagalan cintanya itu.
Namun begitu, Marsha percaya setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya serta Tuhan lebih mengetahui jodoh yang sesuai untuknya.
Marsha juga turut akui jejaka Melayu masih menjadi pilihannya dan dia akui tidak akan menolak jodoh dengan jejaka Melayu jika ianya dapat membahagiakan dirinya.
"Saya pun tak tahulah kenapa saya sering gagal dalam percintaan. Tetapi saya dapat rasa Tuhan seperti mahu menguji dan menduga saya.
"Malah saya tidak kisah jika jodoh saya dengan orang Melayu kerana sehingga kini jejaka Melayu masih menjadi pilihan saya. Lagipun environment saya sendiri banyak bersama orang Melayu, jadi semua itu tidak dapat dielakkan
"Namun, jika cinta saya bersama jejaka Melayu ini tidak menjadi, mungkin saya akan cuba beralih arah kepada jejaka bukan Melayu pula," luah Marsha kepada murai.com.my.
Begitupun, Marsha tidak menafikan bahawa sejak gagal dalam percintaan 6 bulan yang lalu, dia kini sudah menemui seseorang yang mampu mengisi ruang hatinya dan kekecewaan terhadap kegagalan cintanya yang lalu telah diluahkan menerusi sebuah lagu ciptaannya sendiri yang berjudul Jujur Bilang Cinta. Ia bakal menjadi single terbarunya nanti.
Marsha yang bergandingan dengan Reza dalam program hiburan, Propaganza yang disiarkan di Astro Ria itu bakal menemui penonton dalam musim kedua program tersebut mulai minggu hadapan.
berita |
Tempatan
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 1
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 1 Komen
marsha kamu harus tukar sifat dan cara kamu berkamunikasi ,jangan telampau goyangkan badan apa bila bercakap ok
zacquline - 10-Sep-2012
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini










