Jimmy Palikat Masih Rasa Dirinya Tidak Popular

berita | Tempatan

Jimmy Palikat Masih Rasa Dirinya Tidak Popular

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2012: Biarpun merasakan dirinya belum popular, namun Jimmy Palikat yang dikenali melalui lagu Anak Kampung masih mempunyai perancangan untuk menaikkan lagi lagu-lagu berunsur kerakyatan dan etnik agar ianya boleh menyatukan rakyat Malaysia.

"Saya belum rasa sangat popular, walaupun ramai yang menggemari lagu Anak Kampung. Malah, saya mahu hasilkan banyak lagi lagu berunsur kerakyatan agar kita semua rakyat Malaysia dapat bersatu melalui lagu-lagu begini.

"Ini juga boleh membangkitkan semangat 1Malaysia sebab bila semua orang tahu dan dapat menyanyikan lagu sebegini bersama-sama, ianya akan mencetuskan suasana yang cukup muhibbah sekali. Sebagai penyanyi saya rasa bangga bila melihat perkara ini,"ujar penyanyi berketurunan Dusun ini.

Jimmy yang juga bapa kepada lima orang anak ini kini dalam rangka penghasilan single terbarunya iatu kesinambungan daripada lagu Anak Kampung yang diberi judul Aku Datang KL bersama syarikat rakaman Nova Music.

"Single terbaru Aku Datang KL sudah berada dalam proses akhir untuk diterbitkan dan berharap ianya akan diterima serta mendapat sambutan. Mungkin ianya tidak mungkin akan dapat melawan populariti lagu Anak Kampung, tapi apa yang saya nak ceritakan kepada pendengar menerusi lagu ini adalah kisah saya selepas datang ke Kuala Lumpur.

"Saya selesa menyanyi dan mencipta lagu yang lebih menjurus kepada pengalaman diri kerana saya tahu di luar sana ramai juga yang mungkin senasib seperti saya. Jadi secara tidak langsung, apa yang hendak saya ceritakan ini akan lebih dekat dengan mereka yang melalui pengalaman yang sama,"ujarnya mengenai perkembangan terbarunya.

Ditanyakan mengenai kolaborasi bersama One Nation Emcees, Jimmy memberitahu, dia positif dengan perkara ini dan percaya di dalam apa juga perkara yang dilakukan pasti perlu ada istilah bantu membantu dan bekerjasama untuk mencipta kejayaan.

"Kolaborasi ini diaturkan oleh Nova Music dan saya percaya One Nations Emcees sudah lama berada dalam industri dan mereka tahu selera muzik pendengar di Kuala Lumpur. Jadi gabungan ini memberikan peluang kepada pendengar lagu rakyat dan peminat lagu rancak untuk mendengar lagu Anak Kampung,"ujar penyanyi yang berusia 34 tahun ini.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Jimmy Palikat bukanlah nama baru dalam industri muzik di negeri di bawah bayu. Dia sudah mulai aktif menyanyi semenjak 2002 dan telah menghasilkan tiga buah album dalam berbahasa Dusun termasuk Tanak Kampung (Anak Kampung) yang diterbitkan pada 2010 yang mana ia mengandungi lagu hits Anak Kampung. Dua algi album diterbitkan pada 2002 dan 2007.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: