Diana Danielle: Pertunangan Saya Dibuat Last Minute

berita | Tempatan

Diana Danielle: Pertunangan Saya Dibuat Last Minute

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2012: Pada Ahad yang lalu, bertempat di kediamannya di Damansara, aktres Diana Danielle dilaporkan telah bertunang secara senyap-senyap dengan aktor Farid Kamil. Namun, hingga kini, baik Diana Danielle mahu pun Farid masih belum menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian.

Hari ini bertempat di Saloma Bistro, Diana yang turut hadir dalam sidang akhbar filem animasi SuperSquad berusaha menjawab segala persoalan ini kepada pihak media.

"Bagi saya, pertunangan itu merupakan proses di mana saya dan Farid melangkah ke satu lagi peringkat dalam hubungan kami dan saya memilih untuk tidak menghebahkannya. Jika kami bernikah pasti saya akan memberitahu kepada umum kerana itu perkara yang perlu diberitahu.

"Persediaan juga dibuat pada saat akhir dan kami cuba mencuri masa yang ada untuk mengadakan majlis ini. Saya tidak mahu terlalu bercakap pasal perkara ini. Saya anggap ini satu percubaan untuk kami lebih mengenali antara satu sama lain.

"Selepas bertunang nanti akan ada lebih banyak lagi dugaan. Jadi saya cuba menanganinya dengan sabar dan juga berusaha mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat daripada ibu saudara," jelas aktres muda ini.

Diana juga menjelaskan dia hanya mahukan yang terbaik dalam apa yang jua perkara yang dijalaninya sekarang ini dan berharap dapat membuat keputusan dengan matang.

"Saya tidak pernah fikir pasal umur dan tidak rasa saya masih muda kerana setiap perkara yang saya lakukan saya cuba berfikir secara matang. Saya juga mahu persiapkan diri terutamanya dari segi mendalami imu agama.

"Yang paling penting apa yang saya buat sekarang saya harus tahu ke mana arah tuju dan kemahuan saya. Saya seperti orang lain juga mahukan yang terbaik dalam hidup,"tambahnya lagi yang sedang menyiapkan filem terbaru lakonannya berjudul Kami Histeria.

Komen-Komen | 10

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





taniah danielle n fariq kamil!!!!!!!!!!! semoga kekal smpai akhir hyat..
shazura - 7-Sep-2012

tahniah atas pertunangan diana n farid semoga sampai ke jinjang pelamin dan bahagia hingga akhir hayat..amin...
nurlara81 - 7-Sep-2012

Tahniah
siti - 7-Sep-2012

farid & diana psgn yg sngt spadan.......
andrs - 7-Sep-2012

jgn kisah apa pun kata orang sebab kita yang akan melaluinya dan bukan orang yang sekadar tahu mengata orang, apa pun teruskan andai pertunangan diana boleh membawa kebahagiaan yang penting tanya hati sendiri jgn peduli kata orang. semoga berbahagia.
yuss - 7-Sep-2012