KL, 4 Sept 2012: Terkejut badak Murai Batu bila diberitahu tentang perkara ini. Kalau ada yang nak kata Murai Batu propah, katalah. Tapi yang nyata, pengacara program Propaganza, Reza Mohamed khabarnya macam nak gila carik 150 kilogram bunga Melur.
Dari Petaling Street, membawa ke Brickfields sampai Masjid India terus ke pinggir Batu Caves, habis satu Lembah Klang, dia carik bunga tersebut. Nampak jer kuil Hindu, dia serbu sebab tau mesti ada deretan gerai-gerai yang jual macam-macam bunga untuk dibuat sembahyang terutama sekali bunga Melur.
Tapi yelah, manalah ada gerai-gerai yang boleh bagi 150 kilogram sekaligus. Sebab stok diaorang pun tak banyak. Khabarnya sebab itulah Reza Mohamed terpaksa beli bunga-bunga ni di beberapa tempat yang berlainan untuk dapatnya sebanyak yanmg dia mahukan itu.
Tapi, Murai Batu musykil jugak. Si Reza Mohamed nak buat apa dengan bunga Melur yang sebanyak tu. Sebab selalunya, bunga Melur digunakan untuk buat mandi bunga. Takkan nak mandi bunga kot.
Tapi, kalau betul si Reza ni nak mandi bunga, tak pulak dia beli limau nipis dengan 6 lagi bunga berbeza warna dan berlainan jenis.
Tunggu, malam ni Reza ada buat sidang media pasal pementasan teater Rugabadi yang bakal diterbitkan oleh syarikat produksinya iaitu Patung Studio tidak lama lagi. Murai Batu nak suruh detektif Stailista, Ayie untuk tanyakan benda ni pada Reza sendiri.
MURAIBATU: Nak carik bunga Harum Sundal Malam kat belakang rumah makcik.






.jpg)


