Ariel Ex-Peterpan Datang Malaysia 16 September Ini

berita | Tempatan

Ariel Ex-Peterpan Datang Malaysia 16 September Ini

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 6 SEPT 2012: Sebaik saja vokalis Peterpan, Ariel dibebaskan dari penjara, kesemua ahli kumpulan tersebut telah sebulat suara mengambil keputusan untuk menukar nama mereka kepada Noah.

Menerusi pertukaran jenama baru itu, Noah dilaporkan bakal beraksi di Malaysia buat julung kalinya bersama kumpulan muizik dari Malaysia iaitu 6ixth Sense, The Malayan dan sebuah lagi band Indonesia, Trio Gamaliel Audrey Cantika (GAC) pada sambutan Hari 1Malaysia iaitu 16 September di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bermula jam 4 petang.

Penganjuran konsert ini disifatkan ibarat mengembalikan kegemilangan kerjasama artis Malaysia dan Indonesia yang terjalin sejak era 1970-an yang mana ia dapat mengeratkan aliran muzik Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang penggiat seni tanah air.

Menyentuh berkenaan Noah, bekas anggota Peterpan ini semakin bersemangat apatah lagi band ini sebenarnya lebih banyak cahaya cemerlang berbanding kelam dek hukuman yang dikenakan terhadap vokalisnya. Bagaimanpun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk kumpulan ini berjuang dengan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Simpan kenangan hitam Ariel, kerana pembebasan penyanyi kumpulan yang lebih dikenali sebagai Peterpan sedikit masa dulu bukanlah sebagai 'bekas banduan' yang dipandang sepi, malah disanjung kerana ramai yang 'membesar' dengan lagu mereka.

Diperkuatkan dengan ahli kumpulan lain yang masih terus setia bersamanya iaitu Lukman, Uki, Reza dan David, kemunculan Peterpan dengan nama baru, Noah, bukanlah sesuatu yang asing dalam industri muzik tempatan apatah lagi di peringkat antarabangsa.

Sewaktu menjalani hukuman di penjara, Ariel sempat berkarya dengan melahirkan single berjudul Dara tahun lalu.

Malah, tatkala penyanyi kacak itu menghuni jeriji besi di Kebon Waru, Bandung, empat anggota lain sempat melahirkan album instrumental berjudul Suara Lainnya - Ariel, Uki, Reza, Lukman, David awal tahun ini.

Tambah istimewa, 6ixth Sense, yang popular menerusi lagu seperti Menyesal, Tidak Bisa Memilihmu dan Tanpa bakal menghangatkan lagi konsert berkenaan.

Tiket konsert yang dianjurkan Livescape dan mendapat kerjasama daripada Universal Music, Celcom, Sinar Harian dan Media Hiburan ini boleh dibeli melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman).

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





muzik adlh bahasa universal ianya boleh dinikmati sesiapa jua, tak pandang ras, agama, sempadan, mahupun bangsa. tak pandang sesiapa pun penyanyi dan yg terutama liryc tak merusak aqidah dan janji sedap je dengar kat kuping aku. awawawawawawawa......
najwa mawarni - 7-Sep-2012

OH NO, KENAPA ORANG MALAYSIA LANGSUNG TAK SENSITIF.. KENAPA TERIMA ORANG YANG DAH TERBUKTI MEMPUNYAI AKHLAK YANG HAPRAK MACAM NI.. ITULAH ASYIK MENGAGUNGKAN ARTIS SEBERANG HINGGA ARTIS TEMPATAN SUSAH CARI MAKAN.. BOIKOT LAH WOI
NIN - 6-Sep-2012