KL, 6 SEPT 2012: Sebelum ramadan menjelma, nama pelakon Abby Abadi menjadi buah mulut orang apabila figura ini dikatakan lantang memberikan komen pedas mengenai hal-hal berkaitan dengan politik dan pemerintahan kerajaan. Dari komen tersebut tercetusnya peperangan melibatkan Abby dan Dato' AC Mizal.
Jadi tidak hairan apabila Murai Batu singgah berhari raya di mana-mana, ramai peminat seni hiburan tanah air yang sibuk bertanyakan tentang kebenaran cerita yang mengaitkan di antara Abby dengan AC.
Namun, perkara yang paling membuatkan Murai Batu tergelak apabila menonton video yang memaparkan Abby Abadi yang dilihat begitu 'terasa' dengan komen Ustaz Azhar Idrus apabila beliau mengatakan bahawa sesiapa pun individu yang telah pun berhijrah tidak patut memandang rendah pada mereka yang belum berhijrah.
Dalam pada menonton video itu, Murai Batu turut ternampak kelibat juara Raja Lawak 5 (RL5) iaitu Man. Sungguhpun peminat tidak ambil kisah dengan adanya Man di situ, tetapi Murai Batu terhidu bahawa Man juga sudah mendaftarkan diri sebagai ahli parti Pas. Betul ke?
Tuduhan ini diperkuatkan lagi apabila Man bakal menjadi pengacara dalam program agama yang diberi nama Ustaz Sayang Anda.
Walaupun program yang bakal dianjurkan pada 8 September ini di Stadium MBJP, Kelana Jaya bermula jam 5.30 petang tidak memberitahu sama ada ia dianjurkan Parti Pas atau pun tidak, Murai Batu diberitahu pemilihan Man menjadi pengacara program ini disebabkan dia sudah sah akan memangkah parti itu nanti. Boleh gitu?
Pun begitu, Murai Batu tidak mahu serkap jarang kerana Murai Batu tahu, artis pun ada hak sendiri untuk memilih parti pilihan mereka. Yang penting, kena tunggulah dulu kenyataan dari Man.
Siapa tahu Man dipilih kerana lawak jenaka beliau banyak memberikan mesej ke arah kerohanian. Tak gitu dek non.
Apa kes pun, Murai Batu juga berminat nak dengar ceramah program itu. Yelah, kebanyakkan ustaz yang ada kacak-kacak belaka. Contohnya Ustaz Don, Ustaz Zamri, Ustaz Azhar Idrus dan Imam Muda Asyraf. I like gitu.
MURAI BATU: Bukan mudah untuk membuat seseorang percaya dalaman kita kerana orang banyak terpengaruh dari pandangan luar.










