Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2012: Selepas Dynas Mokhtar, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair, kini giliran tiga lagi sahabat karib, Daphne Iking, Atilia dan Yasmin Hani meneruskan usaha membuka bisnes fesyen mereka sendiri.
Jika Sazzy Falak dengan label Street Fashion by Sazzy Falak, Dynas Mokhtar bersama pakaian bagi ibu mengandung-bersalin, Aishah Sinclair menyerlah bersama Bumi Batik, tiga sekawan ini pula tampil bersama label Baajookoo.
Masih lagi di bawah proses terakhir sebelum ianya diperkenalkan dalam minggu ini, bisnes fesyen kecil-kecilan itu menawarkan rekaan kimono cape yang dicipta istimewa untuk wanita moden masa kini.
Bercakap kepada portal murai.com.my, Daphne Iking berkata, ilham melahirkan Baajookoo adalah salah satu usaha mereka bertiga bagi memenuhi kehendak peminat di laman Instagram dan Twitter masing-masing yang sering mengikuti peredaran fesyen mereka.
"Sebagai langkah awal, kita mahu melihat bagaimana permintaan orang ramai. Oleh kerana itu, kami menggunakan medium seperti Instagram, Facebook dan Twitteri sebagai strategi pemasaran kami pada peringkat pertama ini.
"Terutama sekali Atilia dan Yasmin Hani yang mempunyai ramai pengikut di laman Instagram dan Twitter masing-masing. Jadi apa salahnya kita ajak peminat membeli pakaian kami," katanya yang sangat teruja.
Jelas Daphne Iking, kimono cape dari jenama Baajookoo sangat istimewa kerana boleh didapati dalam 11 warna dan 11 corak berbeza yang boleh digayakan bagi tujuan kasual mahupun formal seperyi rumah terbuka hari raya.
Sebagai langkah merealisasikan impian mereka itu juga, tiga sekawan ini sudahpun membuka akaun perniagaan bersama bagi memudahkan segala urusan kewangan perniagaan mereka itu kelak.
Malah dalam masa yang sama, Daphne Iking merancang untuk tampil dengan nursing poncho iaitu pakaian khusus bagi golongan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka.
"Idea ini timbul ketika saya menyusukan bayi kedua saya. Memang tidak ada pakaian yang sesuai untuk menyusukan bayi ditempat terbuka, jadi saya mula terfikir untuk memperkenalkan poncho khusus ini.
"Bagaimanpun ianya masih ditahap perancangan dan mungkin saya akan bekerjasama dengan Dynas untuk menjual pakaian ini di kedainya," kata ibu kepada dua cahaya mata berkenaan.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
