Bersiap Siaga Untuk Musim Dingin

stailista | Buletin Stailista

Bersiap Siaga Untuk Musim Dingin

addthis kongsi icon

Susunan oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Edelman

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER 2012: Musim luruh bakal tiba tidak lama lagi. Anda punya rencana untuk berlibur ke negara beriklim sejuk? Atau tuntutan naluri fesyen anda untuk memiliki setiap item pada setiap musim buat disuaipadankan dengan iklim negara kita yang tidak menentu.

Itu semua bukan penghalang untuk memiliki koleksi terbaru daripada kolaborasi label Uniqlo dan Jun Takahashi untuk Uniqlo Undercover yang kini memasuki siri kedua dan terakhir setelah setahun menghasilkan himpunan pakaian yang merangkumi rangkaian pakaian untuk kaum wanita, lelaki serta kanak-kanak.

Dijual secara eksklusif di Uniqlo Fahrenheit 88, label ini hanya dipasarkan di 11 lokasi lain di luar Malaysia.

Oleh kerana sambutan yang hangat pada keluaran pertamanya pada musim bunga lalu, maka Uniqlo berbesar hati untuk meneruskan kerjasama fesyen berkenaan pada musim ini.

Bermula 24 Ogos, kesemua 90 rekaan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh dimiliki dan Uniqlo Undercover dihasilkan dengan gabungan rekaan unik idea Jun Takahashi bersama kualiti yang dimilik Uniqlo.

Rangkaian ini meliputi pelbagai jenis pakaian yang diperlukan untuk musim luruh dan sejuk. Di mana rangkaian lelaki dan wanita disediakan dalam palet warna seperti wain, zaitun, kelabu dan hitam.

Manakala pakaian kanak-kanak ditawarkan dalam kombinasi warna terang seperti merah jambu, merah dan kuning dan ton gelap seperti wain serta biru.

Klik disini untuk koleksi Uniqlo Undercover buat jejaka

Klik disini untuk koleksi Uniqlo Undercover buat wanita

Klik disini untuk koleksi Uniqlo Undercover buat si cilik

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista