Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2012: Rutin harian ada kalanya membuatkan seseorang itu lupa untuk menjaga kesihatan apatah lagi untuk mendapatkan petua daripada yang pakar seperti doktor mahupun penasihat kesihatan.
Mencegah lebih baik daripada merawat adalah pepatah yang paling tepat untuk menyentuh perihal kesihatan harian kita yang sering terdedah dengan pelbagai bahaya sama ada secara sedar atau tidak disengajakan.
Oleh yang demikian, pakar nutrisi dan pelatih peribadi berpengalaman, Kevin Zahri berbesar hati berkongsi pelbagai petua kesihatan untuk menjawab segala kemusykilan yang selama ini terpendam begitu saja.
Menerusi laman MLP, Kevin Zahri membuka laluan kepada orang ramai untuk bertanya apa juga persoalan berhubung kesihatan fizikal, minda dan diet yang boleh didapati di dalam ruangan Ask Kevin.
Dengan hanya menyelusuri laman Ask Kevin, pengguna hanya perlu mendaftarkan akaun keahlian secara percuma dan sekali gus boleh menghantar seberapa banyak pertanyaan.
Segala pertanyaan anda akan disiarkan di laman web berkenaan dan akan dijawab oleh Kevin Zahri secepat yang mungkin serta dikongsi bersama pembaca lain. Menarik kan?
Kepada mereka yang mahukan petua kesihatan tanpa henti walau di mana juga anda berada, langganilah perkhidmatan SMS Tips Kurangkan Berat Badan dari Kevin Zahri yang menawarkan pakej terbaik.
Dengan hanya langganan sebanyak RM3, anda akan diberikan dengan pelbagai petua mengurangkan berat badan istimewa daripada Kevin Zahri setiap hari, 7 hari seminggu.
Hari-hari anda pastinya tidak akan sunyi dengan panduan berguna mengurangkan berat badan sebanyak 2 SMS setiap hari. Untuk melanggan hantarkan SMS - PESAN WEIGHT ke 26999 hari ini.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
