KL, 29 OGOS 2012: Tak sangka Murai Batu. Ramai yang salah faham dengan Presiden Seniman, Zed Zaidi bila portal murai.com.my paparkan kenyataannya tentang: Saya Bersuara Tegakkan Undang-Undang semalam.
Ramai yang ingat kenyataan Zed Zaidi tersebut ditujukan untuk aktor Aaron Aziz. Padahal, aktor Aaron Aziz tidak ada kena-mengena langsung dengan ini gambar.
Semua orang pun tahu, Aaron Aziz dah jadi penduduk tetap Malaysia. Waktu dia menang Bintang Paling Popular dulu pun, dia dah jadi penduduk tetap di negara ini. So, kes Aaron Aziz dan tutup dan dah selesai. Lagipun dia berkarya kat Malaysia bukan negara lain.
Tapi, apa yang cuba Zed Zaidi suarakan baru-baru ini adalah mengenai aktor dari seberang iaitu Randy Pangalila yang telah muncul dengan sebuah program raya tempatan.
Yang menjadi kemusykilan Zed Zaidi ialah bagaimana Randy Pangalila mampu bekerja di sini tanpa permit kerja sedangkan perkara itu sudah pun termaktub di dalam undang-undang di negara ini menerusi Finas.
Bahawasanya, mana-mana artis luar yang mahu menjayakan penggambaran di negara ini, perlulah mempunyai permit kerja sepertimana yang turut diamalkan di negara lain termasuklah Indonesia sendiri.
Zed Zaidi juga tidak menyalahkan sangat Randy Pangalila tetapi mempertikaikan Finas yang boleh terlepas pandang tentang hal tersebut, begitu juga dengan syarikat produksi yang mengambil Randy bekerja. Mengapa mereka tidak berbuat apa-apa dan membiarkan saja perkara itu berlaku.
Murai Batu harap, korang semua jangan asyik nak hentam Zed Zaidi saja. Cuba fahamkan apa yang Zed Zaidi tu nak perkatakan. Kalau tidak, sampai bila-bilalah orang luar senang nak cari makan kat negara ini, sedangkan orang kita sendiri kebuluran. Korang suka ker macam tu?
MURAIBATU: Nak call Finas dan tanya kenapa diaorang boleh terlepas pandang hal-hal macam ni?
gosip |
Gosip kita
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 23
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 23 Komen
Syabas dan tahniah kepada Zed Zaidi yang tegas mempertahankan undang-undang negara kita! Semoga ramai lagi artis dan warga Malaysia yang bertindak begini lagi!
Rita - 3-Sep-2012
Tindakan Zed Zaidi adalah wajar dan harus dipandang serius oleh badan-badan tertentu seperti FINAS dan Syarikat Penerbitan. Zed Zaidi mempertahankan artis tempatan adalah harus dipuji..tidak semua orang mampu memikul tanggungjawab seperti ini.
Ina - 3-Sep-2012
yea la........kalu x ade abg zaidi mcm mane lah yea,pda artis2 lain atau pom org2 awam tlng fikir apa yg abg zidi bgtau k..........
nikky - 2-Sep-2012
Kan kita nie lebih kan org luar. Org kita bersuara je dh melenting, itu salah ini tk leh...... Hidup abg zz
Zack - 2-Sep-2012
sokong zz sekarang ni terlampau banyak sangat cerita indon....dah la tak logik heran juga aku mcm mana rakyat msia ni suka sangat tengok...
balqis - 31-Aug-2012
1 2 3 4 5
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini








.jpg)

