Pemilihan Nadiya Nisaa Sebagai Ain Hawani Dipertikai?

gosip | Gosip kita

Pemilihan Nadiya Nisaa Sebagai Ain Hawani Dipertikai?

addthis kongsi icon



KL, 28 OGOS 2012: Korang mesti dah tengok episod pertama drama bersiri, Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd di saluran Mustika HD (saluran 134),malam tadi. Macam mana okey tak?

Tapi, macam biasalah, episod pertama ni, baru permulaan ceritanya. Belum ada apa-apa sangat. Tapi, lama-lama ia akan jadi hangat. So kalau nak tahu apa yang hangatnya pasal drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea, korang kena tengoklah episod-episod yang seterusnya, terutama sekali, episod kedua yang bakal ke udara di saluran yang sama pada jam 10 malam ini.

Apapun, bercakap pasal drama bersiri yang diarahkan Feroz Kader ini, Murai Batu dapat tahu, pada awalnya ada juga segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihan Nadiya Nisaa sebagai Adam & Hawa.

Kononnya, kenapa Nadisa Nisaa yang dipilih? Kenapa tidak pelakon lain yang lebih gah atau lebih diminati penonton berdasarkan wajah, imej dan personaliti mereka?

Hmmm... Murai Batu percaya pasti ada sebabnya mengapa pihak penerbit iaitu Global Station Sdn Bhd memilih Nadiya Nisaa untuk digandingkan bersama Aaron Aziz di dalam drama bersiri ini.

Lagipun, sudah terbukti bahawa dia mempunyai kaliber sebagai pelakon yang berjiwa. Kalau tidak, tidak mungkin dia berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem' di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) menerusi filem Cun.

Dalam filem arahan Osman Ali itu, Nadiya Nisaa telah berupaya memberikan lakonan yang cukup berkesan sekalipun dikelilingi barisan pelakon lain yang hebat seperti Ning Baizura, Maya Karin serta Remy Ishak.

MURAIBATU: Ketawa bila ada yang tonton Adam & Hawa sambil makan popcorn!

Komen-Komen | 67

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Suke sgt lakonan NN, macam real jer...... Congrat to NN
Addreen - 17-Sep-2012

tahniah! Nadiya Nisaa... lakonan yg bagus, berkesan dan saya x kan tertinggal walau satu episod utk melihat Nadiya Nisaa dlm Adam & Hawa...
Nurin - 15-Sep-2012

mmg sesuai watak ain dibawa oleh Nadiya...sy suker dia berlakon.simple..cntik gn cara dia tersndiri...mmg ari2 tungu adam n hawa..pmilihan aaron sbgai adam mmg x leh disangkal sbb dia mmg da rupa hero novel..
rosayie - 15-Sep-2012

ok pe Nadiya Nisaa ni digandingkan dgn Aaton..bersahaja..nampak natural..korg yg pandai comment ni pandai ke belakon..?? aiyohh part nk kutuk bagi kat korg je..pandai ckp..! Org singapore bilang.. CAKAP TAK GUNA TEMBAK TAK KENA..!! PUikkkkk..Thumb up
mawar hitam - 12-Sep-2012

ok aper nadiya nissa tu..mlm td dh episod 10 die ok jer..sweet sgt..ada kelainan skit..tkkan asyik pelakon sama je kn
Tasha - 12-Sep-2012