KL, 28 OGOS 2012: Korang mesti dah tengok episod pertama drama bersiri, Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd di saluran Mustika HD (saluran 134),malam tadi. Macam mana okey tak?
Tapi, macam biasalah, episod pertama ni, baru permulaan ceritanya. Belum ada apa-apa sangat. Tapi, lama-lama ia akan jadi hangat. So kalau nak tahu apa yang hangatnya pasal drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea, korang kena tengoklah episod-episod yang seterusnya, terutama sekali, episod kedua yang bakal ke udara di saluran yang sama pada jam 10 malam ini.
Apapun, bercakap pasal drama bersiri yang diarahkan Feroz Kader ini, Murai Batu dapat tahu, pada awalnya ada juga segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihan Nadiya Nisaa sebagai Adam & Hawa.
Kononnya, kenapa Nadisa Nisaa yang dipilih? Kenapa tidak pelakon lain yang lebih gah atau lebih diminati penonton berdasarkan wajah, imej dan personaliti mereka?
Hmmm... Murai Batu percaya pasti ada sebabnya mengapa pihak penerbit iaitu Global Station Sdn Bhd memilih Nadiya Nisaa untuk digandingkan bersama Aaron Aziz di dalam drama bersiri ini.
Lagipun, sudah terbukti bahawa dia mempunyai kaliber sebagai pelakon yang berjiwa. Kalau tidak, tidak mungkin dia berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem' di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) menerusi filem Cun.
Dalam filem arahan Osman Ali itu, Nadiya Nisaa telah berupaya memberikan lakonan yang cukup berkesan sekalipun dikelilingi barisan pelakon lain yang hebat seperti Ning Baizura, Maya Karin serta Remy Ishak.
MURAIBATU: Ketawa bila ada yang tonton Adam & Hawa sambil makan popcorn!
gosip |
Gosip kita
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 67
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 67 Komen
ok sgt2.lakonan mantop!!nisa menjiwai watak sbg ain..tak over.walaupun tak cantik sgt,tp manis ada kena sgtlah dgn watak sbg gadis kg yg serba sederhana.neelofa pun kalah coz asyik nak control cun je dlm drama...hehehe.bakat lebih penting dr wajah.
zai - 22-Sep-2012
Dalam A&H, Nadiya nissa boleh jadi gadis kampung & boleh jadi gadis bandar dengan baik .. setengah2 artis dah memang muka bandar bila suruh bawak karakter gadis kampung cam kekok ...
nanowhite - 21-Sep-2012
peeerrrgghhh..jgn nilai dr segi rupa tapi biarlah bakat melebihi segalanya..harap muka je lawa...lakonan kayu wat ape...menghabiskan karen je...tp tahniah watnadiya nissa..saya minat awak....adam dan hawa hidup sebab adanya awak.....
mizz jijah - 20-Sep-2012
mmg nk tgok pun cam xberminat... kan apa promosi bukan main bagus lg tp baget ciput.. make-up pun ala kadar asal ado' mcm cerita asal ado!!
eric - 19-Sep-2012
oii...cik kak apoler kau sibuk pasal makeup diaorang, yg penting watak dio, watak ain tu bukan senang nak bwk, kau suko ko pelakun yan pakai bulu mato bertingkat2, bibir merah macam kucing makan anak walau bagaimana watak nisa yg paling best
sha - 18-Sep-2012
1 2 3 4 5<<>>
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini










