KL, 27 OGOS 2012: Wah wah wah. Kagum dan teruja betul Murai Batu bila dapat tahu yang penyanyi dan pelakon Nurul Wahab kini benar-benar mahu menulis secara serius.
Kalau sesiapa masih ingat, Nurul Wahab pernah menulis sebuah buku biografi tentang dirinya. Waktu itu, buku biografi tersebut diterbitkan sewaktu Nurul Wahab bercerai bekas suaminya, Ajai yang juga merupakan komposer terkemuka di Malaysia.
Kini, selepas sekian lama, Nurul Wahab dikatakan mahu menyambung kembali minatnya menulis itu. Tetapi, bukan menerusi sebuah lagi buku. Sebaliknya, Nurul Wahab mahu menulis secara online iaitu menerusi blognya sendiri. Alasannya, online adalah sebuah media baru dan ketika ini ramai yang lebih memilih media baru daripada media konvensional.
Khabarnya, jika tiada aral melintang, Nurul Wahab akan mula aktif menulis pada hujung minggu ini. Dalam blog tersebut, Nurul Wahab akan menyentuh banyak isu dan perkara iaitu tentang dirinya, kerjaya seninya serta bisnesnya.
Kalau nak tahu perkembangan lanjut tentang Nurul Wahab, jangan lupa ikuti blognya nanti dan untuk mengetahui bila blognya akan dilancarkan nanti, ikuti Nurul Wahab di akaun twitter miliknya @NurulWHB.
MURAIBATU: Suka baca blog Afdlin Shauki!










