Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2012: Selera fesyen jejaka tempatan secara umum sememangnya mudah difahami. Sama ada hanya berkemeja -T bulat, polo atau berkolar mahupun baju lengan panjang sering menjadi pilihan mereka. Manakala seluar denim biru mahupun hitam pula menjadi kegemaran si jejaka kala bergaya di luar.
Tiada salahnya, cuma pasti akan tampak lebih bergaya dan segak jika bijak memilih potongan, fabrik dan corak yang sesuai. Tentunya penampilan anda akan lebih diperhatikan si dara pujaan dan mungkin dilayangkan nombor telefon idaman.
Laman beli-belah secara online, Zalora Malaysia merupakan jawapan bagi jejaka yang segan silu untuk membeli secara terbuka ataupun kepada si pria yang tidak punyai masa di luar kerana kesibukan kerja.
Klik saja di ruangan menu untuk fesyen lelaki, anda pasti terkesima dengan seleksi fesyen dan keperluan untuk jejaka daripada baju kasual, kemeja segak, seluar denim mahupun khaki, sehingga sepatu untuk berlibur atau bersukan.
Sesuai dengan jiwa lelaki tempatan yang gemarkan sesuatu yang ringkas, beberapa jejama seperti Radioactive, Cupcakes & Hammers, Z Homme dan S&F memberi pilihan terbaik untuk bergaya dalam apa juga acara kasual.

Kemeja T Oriental
Kemeja Floral Print
Kemeja Jingga
Kemeja Denim
Kemeja Sendat
Kepada jejaka yang memiliki sedikit keberanian atau ingin tampak berbeza tetapi masih di dalam kelompok understatement koleksi kemeja bercetak, bercorak atau berkotak, boleh dijadikan jampi terbaik untuk penampilan anda.
Jenama Checkmate misalnya menawarkan seleksi kemeja berkotak dengan potongan hebat tidak kira lengan pendek mahupun panjang yang secara tidak langsung memberi impak maskulin dan bergaya kepada si pemakainya.
Begitu juga dengan Z Homme yang sering menepati selera jejaka muda moden dan bekerjaya iaitu yuppies dengan pilihan baju berkolar dengan corak atau bunga-bungaan indah dan tidak ketinggalan inovasi rekaan terkini.

Kemeja Kotak
Kemeja Corak Tengkorak
Kemeja Kotak Kecil
Kemeja Gingham
Kemeja Polka Dot
Apa kata seragamkan penampilan hebat kemeja idaman anda itu dengan menyarungkan seluar denim mahupun cinos yang ada di Zalora. Kata orang bijak membeli, bijak memilih jadi alang-alang membeli biarlah menang bergaya.
Zalora menepati selesa jejaka tempatan dengan gandingan pelbagai seluar yang sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Alang-alang ingin tampak tersendiri tetapi masih play safe, beberapa jenama seperti Radioactive, Z Homme, Cheap Monday, People's, Hellbent Skaterboarding Co dan Tom boleh dijadikan pilihan untuk celana panjang anda.
Ianya bukan saja selesa dipakai, malahan juga pemilihan fabrik serta permainan warna yang masih lagi selamat dititikberatkan di dalam almari maya Zalora khusus buat pelanggan setianya.

Seluar Chino
Seluar Mustad
Seluar Slack
Seluar Sendat Chino
Seluar Denim
Jadi apa tunggu lagi. Zalora adalah penawar terbaik untuk anda si jejaka di luar sana tampak bergaya hebat dan tiada lagi penampilan lusuh, kusut, kusam dan tidak berkeyakinan. Tambahan pula harga yang ditawarkan cukup berbaloi.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
