Saksikan Episod 1-4 Adam dan Hawa di Astro Gempak

gosip | Gosip kita

Saksikan Episod 1-4 Adam dan Hawa di Astro Gempak

addthis kongsi icon

KL, 24 OGOS 2012: Tinggal beberapa hari lagi bagi drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ke udara di saluran Mustika HD (saluran 134) setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini.

Murai Batu pasti ramai yang dah tak sabar-sabar nak tengok gandingan mantap Aaron Aziz dengan Nadiya Nisaa dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea ini.

Aaron Aziz melakonkan watak seorang playboy bernama Adam Mukhriz yang bekerja sebagai juruterbang dan Nadiya Nisaa pula sebagai Ain Hawani iaitu seorang remaja lepasan SPM dan bekerja di sebuah tadika yang dimiliki oleh kakak kepada Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.

Khabarnya, ceritanya cukup menyentuh hati. Kena standby banyak-banyak tisu. Lebih-lebih lagi bila tiba scene Adam Mukhriz kena tangkap berkhalwat dengan Ain Hawani sampailah diaorang kena paksa berkahwin.

Sejak daripada itulah Ain Hawani menyimpan dendam terhadap Adam Mukhriz yang juga suaminya. Bukan setakat itu saja, dia jugak bersikap dingin terhadap lelaki itu.

Selanjutnya, korang kena tengok sendiri drama bersiri Adama & Hawa ini. Tapi, yang bestnya, untuk episod yang pertama hingga yang keempat, korang berpeluang menontonnya secara percuma di portal www.astrogempak.com.my pada 27 Ogos 2012.

Jadi, apa tunggu lagi, korang cepat-cepatlah tengok episod pertama hinga keempat nanti. Korang mesti cair punyalah tengok lakonan Aaron Aziz dalam drama bersiri Adam & Hawa. Begitu juga dengan Nadiya Nisaa.

Anda juga berpeluang menyaksikan muzik video lagu tema Adam & Hawa, Muara Hati nyanyian Dato Siti Nurhaliza dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip. .

Selain Aaron Aziz & Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir selalu Dee, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Tak langgan Mustika HD pun dpt tgk dlm youtube, so bukannya exclusive lagi..
sohjisub - 30-Aug-2012

kenapa tak siarkan drama ni selama 1 jam??? 80 episode tu kena tunggu lama. siarkanlah 1 jam baru puas hati tengok...
pelsy - 29-Aug-2012