Portal Tazkirah, Sumbangan Bernilai Ustaz Don Daniyal

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Portal Tazkirah, Sumbangan Bernilai Ustaz Don Daniyal

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2012: Islam secara dasarnya menggalakkan umatnya untuk terus maju bergerak ke hadapan sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan membangun tanpa mengubah bentuk panduan serta ajaran yang telah ditetapkan melalui Al-Quran dan Sunnah.

Sejajar dengan itu, Maxis Berhad sebagai peneraju rangkaian telekomunikasi utama di Malaysia telah memperkenalkan kemudahan perkhidmatan kepada pelanggan beragama Islam iaitu Salam Ikhlas 2012.

Perkhidmatan Salam Ikhlas 2012 ini memberi peluang kepada pelanggan tetap Maxis untuk menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk memudahkan urusan harian mereka dengan cara yang lebih pantas dan berkesan. Terdapat 9 perkhidmatan utama yang terdapat di dalam Salam Ikhlas 2012 yang boleh diakses oleh pelanggan Maxis.

Antara perkhidmatan yang dimaksudkan ialah Waktu Solat Lokasi Semasa yang menawarkan maklumat waktu solat dengan tepat mengikut lokasi. Produk ini membantu pengguna memaklumkan waktu berbuka puasa selain waktu imsak ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. SMS waktu imsak dan berbuka puasa di berikan secara percuma bagi semua pelanggan Maxis beragama Islam.

Perkhidmatan mZAKAT pula memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat dengan mudah tanpa sebarangan halangan. Perkhidmatan mZAKAT ini memberi peluang kepada pengguna untuk menunaikan kewajipan membayar zakat dengan hanya melalui pesanan khidmat ringkas atau SMS. Setiap pembayaran zakat melalui produk ini telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan mengikut negeri.

Maxis Berhad turut berbangga memperkenalkan produk Portal Tazkirah yang memuatkan pelbagai kandungan khas selain doa bacaan dari Ustaz Don Daniyal Bin Din Biyajid. Portal Takzirah ini memberi keutamaan kepada pengguna untuk mendapatkan doa-doa harian terkini selain takzirah sepanjang menjalani ibadah puasa.

Mengulas lanjut mengenai Portal Tazkirah yang terdapat di Salam Ikhlas 2012, Ustaz Don Daniyal berkata, tujuan utama Portal Takzirah ini diwujdukan adalah untuk sama-sama berkongsi ilmu yang secara tidak langsung membawa kepada kebaikan dalam mencapai sesuatu yang bermanfaat.

"Saya percaya rakyat Malaysia sememangnya bijak dalam membuat keputusan. Dengan adanya Portal Tazkirah ini, secara tidak langsung kita sama-sama dapat berkongsi ilmu yang membawa manfaat kepada umat Islam.

"Kebaikan kita berkongsi ilmu ialah apabila kita mampu berjalan seiring dengan kemajuan yang telah kita kecapi mengikut perkembangan semasa melalui perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini. Saya percaya jika niat kita untuk melakukan perkara ke arah kebaikan, pasti kita akan menerima balasan yang lebih baik," ujarnya kepada portal Murai.

Bagi segelintir mereka yang masih masih was was tentang penggunaan khidmat mZAKAT, Ustaz Don Daniyal turut mem juga turut memberi sedikit penerangan tentang perkhidmatan tersebut.

"Para ulama telah pun memutuskan tentang hukum membuat pembayaran melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) seperyimana sistem mZAKAT ini. Pembayaran boleh dibuat melalui SMS dengan syarat ianya dilakukan dengan niat secara ikhlas dan sukarela. Ianya Ijtihadi yang membawa maksud keputusan yang telah diputuskan oleh para ulama mengikut kesesuaian," kata Ustaz Don Daniyal lagi yang turut menyumbangkan suara dalam 50 doa bacaan terpilih untuk rujukan pengguna Maxis.

Dalam pada itu, Ustaz Don Daniyal sempat memberi sedikit tazkirah berguna iaitu harapan supaya kita tidak mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita lakukan terutama dalam menuntut ilmu mahupun menjalani kehidupan harian. Setiap perbuatan atau tingkah laku hanya satu permulaan untuk kita terus bergerak kehadapan.

"Saya mengharapkan supaya kita tidak mudah berpuas hati dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh paling mudah melihat kepada diri saya sendiri yang berkongsi ilmu dan pendapat di Portal Tazkirah. Saya percaya kita perlu lebih berusaha untuk melakukan perkara yang baik dan niat demi Allah SWT.

"Lakukan sesuatu perkara dengan harapan kita tidak berhenti disitu sahaja. Saya sendiri turut sama berusaha untuk berdakwah selain masih menuntut ilmu dengan orang yang lebih berpengalaman," katanya mengakhiri perbualan.

Selain perkhidmatan servis Waktu Solat, mZAKAT dan Portal Takzirah, Maxis turut menawarkan khidmat Portal Suara Ramadan, Muzik, Fadhilat Ramadan, Video, Inspirasiku dan Takaful. Kesemua perkhidmatan produk yang ditawarkan semestinya memberi kemudahan kepada pengguna Maxis untuk mengakses perkhidmatan dengan mudah.

Untuk melanggani perkhidmatan Salam Ikhlas 2012, pengguna hanya perlu mendail *222# melalui mana-mana telefon mudah alih atau dengan melayari laman web www.maxis.com.my/ikhlas untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan dan kemudahan yang disediakan. Secara keseluruhan, pelanggan boleh mengakses dalam pelbagai cara seperti SMS, MMS, video, audio dan ebook yang juga turut digunakan dari peranti Andorid, iPad dan komputer persendirian.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: