Justin Timberlake, Jessica Biel Kahwin Senyap-Senyap?

gosip | Gosip luar

Justin Timberlake, Jessica Biel Kahwin Senyap-Senyap?

addthis kongsi icon

LA, 27 OGOS 2012: Penyanyi dan pelakon Justin Timberlake dan aktres Jessica Biel yang telah pun mengikat tali pertunangan pada Krismas lepas dilaporkan telah berkahwin senyap-senyap.


Murai Batu tidak tahu sejauh mana kesahihannya tetapi penulis gosip, Janet Charlton telah menulis sesuatu tentang perkhabran itu di akaun Twitter miliknya kira-kira 2 minggu lepas.

Khabarnya Janet menulis bahawa pasangan ini telah mengadakan satu majlis di sebuah tempat yang dirahsiakan. Adakah ianya perkahwinan rahsia mereka? Hanya Justin Timberlake dan Jessica Biel saja yang mengetahuinya. Apapun, Justin dan Jessica telah bertunang di sebuah pusat peranginan ski pada Krismas lalu.

Jessica juga pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu merancang apa-apa untuk perkahwinannya.


MURAIBATU: Bila agaknya Justin Timberlake nak datang Malaysia ya?

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: