Bipasha Basu Sudah Temui Pengganti John Abraham?

berita | Luar Negara

Bipasha Basu Sudah Temui Pengganti John Abraham?

addthis kongsi icon

MUMBAI, 26 OGOS 2012: Sejak dilaporkan berpisah dengan John Abraham, aktres Bipasha Basu dikatakan sudah menemui pengganti yang baru. Dia tidak lain tidak bukan adalah Shahid Kapoor.

Buktinya, kedua-dua mereka ini telah dilihat bercuti di Khandala dengan memandu kenderaan sendiri. Malah, mereka dipercayai telah menikmati saat yang cukup menyeronokkan di sana.

Khabarnya sewaktu memandu ke sana, mereka telah bertembung dengan sebuah penggambaran filem di sana. Di mana mereka mendapat tahu bahawa pelakon Nargis Fakhri turut berada di sana untuk menjayakan wataknya dalam filem tersebut.

Apabila Bipasha bercadang untuk keluar dan menyapa Nargis, Shahid dengan serta-merta telah menahannya kerana tidak mahu kehadiran mereka diketahui serta mendapat perhatian umum.

Malangnya, ramai yang dapat menghidu kehadiran mereka.

Sebelum ini ketika diwawancara, Bipasha Basu pernah menafikan keakrabannya dengan aktor Shahid Kapoor dan Salman Khan.

"Saya adalah seorang yang sosial. Sata mempunyai banyak kawan. Saya tidak tahu kenapa dan mengapa orang selalu membuat konklusi yang salah terhadap saya.

"Asal saja melihat saya rapat dengan mana-mana lelaki, mereka fikir saya bercinta dengan mereka ini. Hanya disebabkan saya ini single, tidak bermakna setiap lelaki yang saya temui itu akan menjadi boyfriend baru saya.

"Percayalah, pada saat saya bertemu dengan lelaki yang sempurna di mata saya nanti, saya tidak akan menyembunyikan dia kepada seluruh dunia dan saya juga tidak akan melengah-lengahkan masa untuk berkahwin dengannya," katanya.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: