Biskut Raya Licin, Tasha Shilla Tukar Perabot Rumah

berita | Tempatan

Biskut Raya Licin, Tasha Shilla Tukar Perabot Rumah

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2012: Niat mulia aktres cantik, Tasha Shilla untuk menukar perabot rumahnya di Ampang termakbul jua apabila perniagaan biskut raya yang diusahakannya sepanjang ramadan mendapat sambutan hangat daripada para peminat dan orang ramai.

Malaha, dia yang gigih berniaga kuih raya dengan jenama 'Gemilang Tasha Shilla Cookies' di Kampung Baru dan pengalaman ini berasa gembira dan bersyukur apabila kesemua tujuh jenis biskutnya telah habis dijual seminggu sebelum raya.

"Alhamdulillah, semua biskut raya Tasha habis terjual walaupun ramadan masih berbaki lebih kurang seminggu. Seronok dapat merasa duit rezeki di bulan ramadan dan Tasha sendiri pun dah tunaikan niat untuk tukar perabot-perabot di rumah sebagai hadiah raya untuk ibu dan keluarga.

"Bisnes ini pun diusahakan kami sekeluarga dan memang ibu saudara sendiri yang membuatnya. Habis sahaja biskut dijual, ramai yang minta suruh Tasha buat lagi, tapi tak dapat Tasha penuhi.

"Sebab memang sebelum ramadan kami sudah membuat persiapan dan semuanya dilakukan di rumah Tasha. Jadi lepas rumah dah siap kemas, rasa macam malas dah nak sepahkan balik. Rasanya setakat itu sahaja rezeki Tasha untuk tahun ini, siapa yang tak dapat kenalah tunggu tahun depan,"ujar Tasha berseloroh mengenai percubaan pertamanya menjual biskut raya.

Menurutnya lagi, sepanjang ramadan dia memilih untuk berehat daripada aktiviti seni dan meluangkan masa memenuhi jemputan berbuka selain sibuk menguruskan perniagaan biskut rayanya itu.

"Tasha sendiri sering turun padang sebab nak merasakan sendiri pengalaman berniaga di bulan ramadan dan dalam masa yang sama dapat bertemu dengan peminat yang datang untuk membeli biskut raya Tasha.

"Ada yang datang dari jauh seperti Perak dan Melaka semata-mata nak beli biskut raya, jadi secara tidak langsung dapat juga Tasha mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong bisnes Tasha,"jelasnya yang nyata puas mencari rezeki di bulan ramadan.

Tasha telah pulang ke kampungnya di Batu Pahat pada malam raya sebelum meneruskan jelajah rayanya ke beberapa lokasi lain seperti Kulai, Johor dan Ulu Yam. Persiapan Syawal pula menurutnya dilebihkan kepada ahli keluarga selain persiapan untuk menerima kedatangan tetamu yang beraya di rumah.

Selain biskut Almond Chocolate yang merupakan resepi ciptaannya sendiri, Tasha juga menggemari juadah Syawal lain seperti sayur lodeh, rendang daging dan biskut raya seperti Nestum Chocolate Chip dan Suji Badam.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: