Takziah Buat Rini AF, Tahniah Untuk Farah Anuar

berita | Tempatan

Takziah Buat Rini AF, Tahniah Untuk Farah Anuar

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2012: Selepas seminggu menerima alat bantuan pernafasan, akhirnya bayi perempuan kepada bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kajang.

Bayi bernama Maryam Joanna telah meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kampung di sebelah suami Rini.

Bayi comel seberat 4.25 kg telah dilahirkan pada 9 Ogos 2012 jam 10.10 pagi di hospital Putrajaya. Puteri sulung Rini dilaporkan telah jatuh dari katil pada malam 10 Ogos lalu dan terus dibawa masuk ke hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Pun begitu, sewaktu insiden tersebut berlaku, bayi itu sudah pun tidak sedarkan diri kerana tertiarap dalam jangka masa yang lama.

Sementara itu, bintang AF2, Farah Diana Anuar atau Farah pula telah menyampaikan berita gembira apabila dia selamat melahirkan bayi pada 15 Ogos lalu. Farah telah berkongsi berita gembira ini di laman sosial twitter miliknya dengan melampirkan foto puteri sulungnya itu.

Bagaimanapun, nama puterinya itu masih belum dikongsikan lagi.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat Rini mendoakan agar Rini tabah menghadapi dugaan ini. Manakala untuk Farah sekeluarga, tahniah dan jangan lupa kongsi informasi terbaru tentang puterinya itu.

Komen-Komen | 30

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





semoga tabah dan ingatlah bahawa dia menunggu kita disyurga.
ailyanarazali - 17-Aug-2012

Takziah kak rini af..bnyakkan sedekahkn al -fatihah ye..brsabar bnyak2 ye...
tira95 - 17-Aug-2012

Takziah kak rini af..bnyakkan sedekahkn al -fatihah ye..brsabar bnyak2 ye...
tira95 - 17-Aug-2012

tidak boleh dengar berita macam ni..sedih sangat...baby dah lahir tp cmana blh jatuh...kecuaian ..:(
mummy dora - 17-Aug-2012

takziah semoga tabah dengan dugaan yang dihadapi
putraperak - 17-Aug-2012