Takziah Buat Rini AF, Tahniah Untuk Farah Anuar

berita | Tempatan

Takziah Buat Rini AF, Tahniah Untuk Farah Anuar

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2012: Selepas seminggu menerima alat bantuan pernafasan, akhirnya bayi perempuan kepada bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kajang.

Bayi bernama Maryam Joanna telah meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kampung di sebelah suami Rini.

Bayi comel seberat 4.25 kg telah dilahirkan pada 9 Ogos 2012 jam 10.10 pagi di hospital Putrajaya. Puteri sulung Rini dilaporkan telah jatuh dari katil pada malam 10 Ogos lalu dan terus dibawa masuk ke hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Pun begitu, sewaktu insiden tersebut berlaku, bayi itu sudah pun tidak sedarkan diri kerana tertiarap dalam jangka masa yang lama.

Sementara itu, bintang AF2, Farah Diana Anuar atau Farah pula telah menyampaikan berita gembira apabila dia selamat melahirkan bayi pada 15 Ogos lalu. Farah telah berkongsi berita gembira ini di laman sosial twitter miliknya dengan melampirkan foto puteri sulungnya itu.

Bagaimanapun, nama puterinya itu masih belum dikongsikan lagi.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat Rini mendoakan agar Rini tabah menghadapi dugaan ini. Manakala untuk Farah sekeluarga, tahniah dan jangan lupa kongsi informasi terbaru tentang puterinya itu.

Komen-Komen | 30

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





kpd rini n suami, semoga tabah n sabar mnghadapi dugaan drnya..ada hikmah d sebalik ape yg blaku. bnykkn bdoa. sesungguhnya allah lbh tahu... takziah dr ana n kluarga..
ana5s - 17-Aug-2012

takziah..cuma heran,mcm manalah baby skecil itu blh jatuh katil. kesian sgt kat baby tu..huhu
enak - 17-Aug-2012

tak patut kot korang gabungkan 2 artikel ni.. Murai,please be considerable lol
izzye - 17-Aug-2012

Takziah pada rini...allah lebih menyayangi marya..sabar lah...sedih bila dapat tahu berita ni....dan tahnia pada farah anuar.welcome to mummy club
razwanedania - 17-Aug-2012

sbg ibu, sy amat2 terasa akan berita rini. smoga tabah selalu. ingatlah segala yg blaku adalah dlm tgn Allah. Dia maha mengetahui. mungkin ada pandangan kita ia terlalu menyakitkan tp yg blaku ada hikmahnya yg kita tk sedar. sabar bnyk2.
suryani - 17-Aug-2012