Takziah Buat Rini AF, Tahniah Untuk Farah Anuar

berita | Tempatan

Takziah Buat Rini AF, Tahniah Untuk Farah Anuar

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2012: Selepas seminggu menerima alat bantuan pernafasan, akhirnya bayi perempuan kepada bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kajang.

Bayi bernama Maryam Joanna telah meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kampung di sebelah suami Rini.

Bayi comel seberat 4.25 kg telah dilahirkan pada 9 Ogos 2012 jam 10.10 pagi di hospital Putrajaya. Puteri sulung Rini dilaporkan telah jatuh dari katil pada malam 10 Ogos lalu dan terus dibawa masuk ke hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Pun begitu, sewaktu insiden tersebut berlaku, bayi itu sudah pun tidak sedarkan diri kerana tertiarap dalam jangka masa yang lama.

Sementara itu, bintang AF2, Farah Diana Anuar atau Farah pula telah menyampaikan berita gembira apabila dia selamat melahirkan bayi pada 15 Ogos lalu. Farah telah berkongsi berita gembira ini di laman sosial twitter miliknya dengan melampirkan foto puteri sulungnya itu.

Bagaimanapun, nama puterinya itu masih belum dikongsikan lagi.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat Rini mendoakan agar Rini tabah menghadapi dugaan ini. Manakala untuk Farah sekeluarga, tahniah dan jangan lupa kongsi informasi terbaru tentang puterinya itu.

Komen-Komen | 30

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Salam Takziah buat Rini, suami, & keluarga atas pemergian arwah anak perempuan Rini. Semoga Allah yang lebih menyayanginya lebih bahagia di akhirat bersama keluarganya. Amin. Al-Fatihah. Alhamdulillah, tahniah buat Farah Diana, suami & keluarga.
@dzhafqimmurai - 27-Aug-2012

Tahniah Farah. Takziah Rini. Lain kali bila dt baby baru tidurlah di tilam atas lantai sja, klau nk mnyusu, duduk, jgn tidur nnti trlena, ank lemas. Pstikan suami @ emak jga sma2. Ini psnn ikhlas dr sya, kasihan baby tu ya, sedihnya. Lain kali hati2.
Nora - 25-Aug-2012

Takziah Rini, bankyak2 bersabar ye..mungkin ada hikmah disebaliknye..sungguh sedih and sebak sekali..berbanyak2 sedekah alfateha..amin..
Yang Simpati - 24-Aug-2012

takziah buat rini & suami, tapi bagaimana bayi rini yang berusia beberapa hari ini boleh jatuh dari katil ya ?
kak pah - 24-Aug-2012

setuju sgt2...tlg asingkan berita ini...ada perkara yg boleh disatukan, ada yg x sesuai...jaga hati pihak yang bersedih krn dua-dua baby baru lahir..
mie - 23-Aug-2012