Foto oleh Mazlan Yunos Photography
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2012: 1 Syawal pada Ahad ini bukan saja akan diraikan bersama keluarga dan sanak-saudara, malah lebih istimewa apabila rancangan hiburan yang semakin mendapat tempat di hati peminat , Propaganza bakal bersiaran pada hari istimewa berkenaan.
Lebih istimewa apabila Propaganza Edisi Raya tidak melupakan segmen Stailista yang akan memberi peluang untuk menyiasat pakaian raya selebriti yang boleh diklasifikasikan sebagai Stailista atau Opss.. Siapakah mereka?
Antara yang menjadi perhatian Detektif Stailista, Ayie Ali untuk segmen Stailista i Raya kali ini ialah Rozita Che Wan, Aznil Hj Nawawi (Pak Nik), Zizan Razak, Hafiz Suip, Amanda Imani, Azwan Ali dan ramai lagi.
Tampil dengan persalinan hari raya, mereka berbesar hati ditemuramah dan penampilan mereka disiasat yang akhirnya diklasifikasikan sebagai Stailista atau Opss...
Nantikan kemunculan Pak Nil dengan persalinan warna-warni tradisinya yang digayakan bersama kain labuh sebagai pengganti samping. Adakah Stailista atrau Opss...?
Bagaimana pula reaksi Azwan Ali apabila dikatakan solekannya hari itu cukup menggerunkan dan pakaiannya yang terlalu berkilau.
Semuanya boleh ditonton menerusi segmen Stailista di dalam program Propaganza Edisi Raya yang akan bersiaran pada 19 Ogos ini (hari raya pertama), jam 12 tengah hari di Astro Ria (saluran 104).









.jpg)