Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2012: Mentor Raya kembali menggamatkan Aidilfitri apabila buat pertama kalinya menampilkan penyanyi, Black dan Mas Idayu sebagai pengacara khas untuk Mentor 6 Raya (Mentor musim ke-6).
Mentor 6 Raya dirakamkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu akan ditayangkan di TV3, jam 8 malam, pada 26 Ogos ini.
Menariknya, Mentor Raya kali ini lari daripada kebiasaan kerana Black dan Mas Idayu mengambil alih tugas mengacara daripada Ally Iskandar dan Nas Ahmad daripada awal hingga akhir Mentor 6 Raya.
Bukan sahaja mengemudi program tersebut, malah Black dan Mas Idayu yang bertindak seperti 'gila kuasa' dia atas pentas telah mengarahkan Ally Iskandar dan Nas Ahmad untuk menjadi ketua kumpulan bagi permainan yang dijalankan untuk artis dan penyanyi Mentor 6.
Mentor Raya juga meneruskan lagi tradisinya dengan menemukan semua barisan mentor dan protege musim keenam selepas hampir dua bulan program realiti televisyen itu melabuhkan tirainya.
Enam peserta Mentor yang memerihakna Mentor 6 Raya adalah seperti , Caroline, Zatul, Anas, Tisha, KJ dan Ana Syuhada. Turut bersama barisan artos popular Mentor 6 iaitu Ella, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Faizal Tahir, Ferhad, Adam AF dan Ramlah Ram.
Selain permainan yang agak luar biasa dan tidak kering gusi yang dikendalikan oleh Black dan Mentor semua artis dan peserta mentor telah memberikan persmebahan yang mantap dalam Mentor 6 Raya kali ini apabila protégé dan mentor bergandingan dalam satu persembahan.
Penerbit eksekutif program tersebut, Muhamad Sufian Isa berkata, Mentor 6 Raya diterbitkan sebagai hadiah khas buat peminat dan para penonton yang sentiasa menyokong program tersebut setelah bermusim lamanya.
"Walaupun Mentor 6 telah lama berakhir tetapi bahang program realiti itu masih terasa dan gandingan Mas Idayu dan Black dilihat dapat mencuit hati penonton dengan gaya bersahaja mereka.
"Menampilkan konsep persembahan yang bersidfat lebih santai dan menghiburkan, Mentor Raya kali ini menghimpunkan kembali barisan mentor dan protégé musim keenam setelah hamoir dua bulan mereka membawa haluan masing-masing.
"Bukan lagi di pentas pertandingan, kali ini para penonton dapat melihat sesuatu yang berbeza dariapda persembahan santai mereka yang terlibat dan kami tidak hanya menumpukan kepada nyanyian semata-mata," katanya.
Program ini dimulakan dengan sesi penyampaian cek kepada barisan pemenang Mentor 6 iaitu Puteri Caroline (Juara), Zatul (tempat kedua) dan Anas (tempat ketiga).
Penonton yang terlepas menyaksikan Mentor Raya 6 juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di alamat www.tonton.com.my.








.jpg)

