Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2012: Tidak seperti kebanyakan selebriti lain, aktor kacak, Bront Palarae akui dia menyambut perayaan Aildilfitri sangat berbeza di kampungnya, Hatyai, Thailand.
Malah, Bront Palarae berkata dia lebih gemar suasan di Thailand kerana sambutannya lebih bersederhana dan banyak melakukan ibadah di Hari Raya.
"Perayaan saya di kampung nenek saya di Hatyai sangat sederhana kerana raya pertama kami semua akan pergi sembahyang raya dan kemudaian balik ke rumah untuk berkumpul.
"Malah, raya kedua dan seterusnya pula, kebanyakan umat Islam di sana mengambil kesempatan untuk berpuasa enam (puasa sunat)," katanya kepada murai.com.my
Bront Palarae yang bercuti Raya selama seminggu di Thailand itu memberitahu aktiviti Syawal banyak dihabiskan bersama dengan keluarga dan orang tersayang.
"Selalunya, tujuan hari raya kami lebih kepada untuk berkumpul dengan sanak-saudara selepas setahun tidak berjumpa. Jadi kami hanya meluangkan masa bersama dan berbual-bual.
"Nenek juga akan buat rumah terbuka untuk keluarga terdekat dan masa itulah untuk kami berkumpul dan menghargai orang tersayang seperti keluarga dan saudara mara.
"Lagipun di Hatyai sambutannya sangat sederhana dan tidak semeriah di Malaysia yang semuanya berlawan-lawan menghias rumah dan berbaju baru,"jelasnya lagi.
Pelakon Jiwa Taiko itu yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Jwanita arahan Osman Ali bersama pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin dan Cristina Suzanne.










