KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2012: Saban tahun, kehadiran 1 Syawal sememangnya dinantikan setiap umat yang beragama Islam dari serata dunia. Kehadiran bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah ini sememangnya akan membawa 1001 makna buat setiap individu, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda kerana kebahagiaan yang terdapat dalam bulan ini, tiada tandingannya.
Sambutan Aidilfitri tahun ini turut membawa keceriaan buat sidang redaksi Murai apabila berlaku dua perkara besar kepada portal hiburan ini. Pertama, kembalinya Ketua Editor Murai, Ellyna Ali yang telah 'bercuti' buat seketika, memberi makna yang besar buat barisan editorial Murai yang kini telah bertambah ramai ahli keluarganya.
Kedua, tidak dilupakan dengan kehadiran saudara baru Murai, portal Astro Gempak yang hadir untuk memeriahkan lagi seleksi dunia hiburan yang kita semua tahu, tiada penghujungnya.
Istimewa untuk anda, Murai telah merakamkan ucapan-ucapan raya dari selebriti ternama tanah air, yang menujukan ucapan raya khas kepada anda melalui video di bawah.
Selamat Hari Raya kami ucapkan, maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kami. Kami bukanlah insan yang sempurna, penuh dengan kejahilan dan kadangkala melebihi batasnya.
Salam Aidilfitri dan selamat jalan kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya kerana kita tidak kegembiraan yang ada bertukar kepada kesedihan yang penuh sesalan.
Sekian, salam.










