Zizan Nin Beraya Di Rumah Baru

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Zizan Nin Beraya Di Rumah Baru

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2012: Syawal tahun ini merupakan detik paling istimewa buat pelakon utama filem Tanda Putera, Zizan Nin kerana bakal diraikan dikediaman barunya bersama isteri tercinta, Hani Harun di Ulu Klang, Selangor.

Rumah teres dua tingkat dan empat bilik itu ternyata cukup istimewa. Malah merupakan hadiah tidak terhingga buat mereka berdua yang sebelum ini sekian lama menetap di kondominium di tengah-tengah kesibukan kota raya.

"Alhamdulillah, dulu kami tinggal di kondominum di Damansara yang sering sibuk dengan kesesakan jalan raya, tetapi di rumah baru kami ini, semuanya nampak lapang, aman dan juga damai.

"InsyaAllah saya akan mencari tarikh yang sesuai untuk menjemput rakan terdekat dan pihak media ke rumah baru saya nanti kerana dalam masa yang sama, saya ada pengumuman istimewa untuk diberi tahu kepada anda semua," katanya berahsia.

Jelas Zizan Nin, banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk memperindahkan ruangan dalam dan juga kediaman barunya itu, khusus bagi meraikan kedatangan hari raya.

Apatah lagi sejak dua tahun mendirikan rumah tangga, inilah kali pertama mereka meraikan dikediaman seumpama itu yang diharap bakal memberi lebih sinar kebahagiaan dan bakal dikurniakan cahaya mata.

Tambah Zizan Nin, proses pengubahsuaian telahpun dilakukan terlebih awal dan kini dia bersama isteri sudah boleh melihat keindahan kediamannya yang berkonsepkan minimalis, ringkas dan moden.

"Apa yang pasti, rumah baru saya mempunyai taman untuk saya menanam pokok bunga terutama bunga Orkid yang sememangnya kegemaran saya dan bagi menyerlahkan suasana hari raya, saya telah meletakan pelita di sebalik pokok bunga berkenaan.

"Bahagian dalamnya pula saya memilih warna putih dan juga warna semulajadi untuk merasa lebih tenteram setiapk kali pulang ke rumah. Kerana di sinilah tempat kami berdua berehat," katanya yang segak menggayakan baju Melayu rona hijau pekat rekaan Lord's Tailor.

Bercerita mengenai sambutan hari raya, Zizan Nin berkata tahun ini dia akan beraya dikediaman keluarga mertuanya di Ampang dan kemudian akan ke Kampung Baru iaitu rumah keluarga mertuanya bersama -sama isteri tercinta.

"Tahun ini saya tak balik ke Sungai Besar, Selangor sebab ayah saya akan berhari raya di rumah adik saya di Kelantan.

"Tidak kisahlah di mana saja saya akan berhari raya, asalkan pada pagi raya saya akan sdapat menikmati juadah Paru Masak Hijau iaitu resipi istimewa arwah ibu saya. Saya telah mewarisi resipi berkenaan dan akan pastikan setiap hari raya akan menikmatinya," katanya.

Sementara berhari raya di ibu negara, Zizan Nin dan isteri akan menggunakan peluang itu untuk menonton wayang di pusat beli-belah Pavilion pada Syawal kedua selepas puas ziarah menziarahi sanak saudara pada hari raya pertama.

Tambahnya lagi, tahun ini juga amat isteimewa kerana dapat menonton filem kedua lakonannya di panggung menerusi filem Untuk Tiga Hari sementara menanti filem Tanda Putera yang hanya akan ditayangkan pada November depan.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: