Propaganza Raya: Didie Alias Tak Maafkan Azwan Ali?

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Propaganza Raya: Didie Alias Tak Maafkan Azwan Ali?

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2012: Hasrat pengacara sensasi, Azwan Ali untuk bersemuka serta bermaafan dengan Didie Alias dalam program Propaganza tidak kesampaian apabila pengarah telemovie Lemang Sebatang itu tidak berjaya bertemu dengan pelakon serta pengacara berkenaan.

Bagaimanapun, tatkala mencari Didie dalam rakaman Propaganza Raya menerusi segmen Mulut Murai di Hotel Royal Bintang, Damansara, baru-baru ini, Azwan Ali dengan beraninya telah memohon maaf secara berdepan dengan Ifa Raziah.

Lebih istimewa lagi, mereka berdua telah bermaaf-maafan dengan penuh keinsafan sehingga hampir menitiskan air mata sambil disaksikan ejen murai.com.my, Ajieb Rosdi. Pun begitu, sebelum berlaku sesi bermaaf-maafan itu, Azwan dan Ifa lebih dulu berperang mulut serta meluahkan kata-kata tidak puas hati untuk yang terakhir kalinya.

Selain memaparkan kisah Azwan Ali dan Ifa Raziah, ejen murai, Ajieb berjaya mengajukan persolan kepada pengarah dan pelakon kacak, Gambit Saifullah yang dikhabarkan sengaja menggunakan populariti yang di miliki Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat untuk menghasilkan program Nusantara Raya Safee Sali.

Benarkah Gambit sengaja menggunakan populariti kedua pemain bola sepak kebangsaan yang disegani ini?

Tambah menarik, Ajieb telah berganding bahu dengan wartawan propaganza, Elly Arifin bagi mengupas pengakuan bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril Pilus yang dikhabarkan sedang bermain asmara dengan peserta program Anak Wayang, Dayana.

Jangan lupa menonton Propaganza Raya yang akan disiarkan pada hari raya pertama, jam 12 tengah hari di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Mustika HD (Saluran 134).

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: