Iqram: Berhijrah Bukan Untuk Sertai Parti

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Iqram: Berhijrah Bukan Untuk Sertai Parti

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter; @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2012:
Pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly mengakui kalau dulu dirinya agak nakal, kini segalanya sudah mula berubah selepas dia menyertai kumpulan Fitrah bersama artis wanita yang telah berhijrah seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson.

Malah, jejaka kacak ini tidak begitu gemar apabila segelintir pihak menggunakan alasan berhijrah untuk menyertai parti politik.

"Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Iqram mengakui dirinya masih sama tetapi berubah dari segi pencarian ilmu dalam Islam.

"Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," jelasnya.

Sementara itu, Iqram yang menjadi sahabat baik Fouziah Ghous memberitahu mengambil cuti selama seminggu untuk beraya dan hanya membuat persiapan biasa saja.

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





macam mana nk join kumpulan yg dia ckp nie ? kea untuk artis jea ?
... - 23-Aug-2012

Betul tu kalau nak berubah ataupun berhijrah,pergilah mendalami ilmu tu dulu jgn mentang2 dah tutup kepala sikit rasa dia dah hebat dah..Itu pun belum tentu berapa lama bleh bertahan.Silap haribulan kena angin pus-pus, buka TV dah stail lain pulak.
AYUNA - 23-Aug-2012