3 Artis Berbelanja Di Zalora Sempena Lebaran

ramadhan & raya 2012 | Fesyen Stailista R&R

3 Artis Berbelanja Di Zalora Sempena Lebaran

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Zalora Malaysia
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista

KESIBUKAN dengan aktiviti seni membuatkan tiga selebriti popular, Alyah, Atilia dan Tam Suhaimi tidak memiliki masa untuk mengunjungi gedung membeli-belah bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Untuk itu, kemudahan membeli-belah secara online yang disediakan Zalora Malaysia ternyata merupakan alternatif terbaik untuk mereka membeli beberapa keperluan sepertian pakaian, kasut, aksesori dan tidak ketinggalan perhiasan rumah.

Selain suasana membeli-belah yang lebih tenang tanpa perlu berebut-rebut dengan pelanggan lain, ketiga-tiga selebriti itu setuju bahawa kaedah membeli-belah secara online dapat memberi lebih kebebasan untuk memilih apa juga barangan yang dihajati.

Dengan RM500, Atilia Haron, penyanyi yang popular dengan lagu Kekanda Adinda itu telah membeli lapan barangan seperti kasut, baju dan juga aksesori tambahan untuk digayakan sempena Lebaran dan juga sebagai pakaian harian.

"Memang saya suka membeli-belah dan menikmati suasana membeli-belah secara online bukanlah lagi asing buat saya kerana ianya bukan saja menyeronokan tetapi juga banyak barangan yang dapat dilihat hanya dihujung jari.

"Pantang ada saja masa terluang saya akan kerap membeli- belah secara online dan tak payah bergegas ke gedung beli-belah. Apatah lagi nampaknya Zalora Malaysia menawarkan banyak barangan kesukaan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki," katanya.

HeadBand

Bracelet

Dompet Wanita

Zalora Malaysia menawarkan lebih dari 500 jenama tempatan dan antarabangsa, lebih daripada 20,000 produk dari katalog yang luas terdiri daripada pakaian, aksesori wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak, tradisional, produk kecantikan dan barangan perhiasan rumah.

Seorang lagi penggemar kaedah membeli-belah online, Tam Suhaimi berkata dia mula mengetahui kehadiran Zalora Malaysia sejak tiga bulan lalu kerana dia sememangnya kerap berbelanja di laman maya sendirian.

Katanya, kecenderungan membeli-belah secara online bermula sejak 2010 kerana dengan hanya cara itu saja dia dapat memiliki seberapa banyak barangan edisi terhad yang kebanyakannya tidak boleh didapati di negara ini.

"Sempena Hari Raya ini, saya telah membeli lima barangan seperti baju, kasut, jam tangan, tali pinggang dan tali leher di Zalora Malaysia baru-baru ini.

"Selalunya kalau di rumah, saya akan memperuntukan masa yang lama untuk membeli kerana sebagai pembeli saya menggunakan hak pengguna sepenuhnya dengan meneliti lebih terperinci dengan barangan yang saya mahu.

"Berbanding dengan gedung beli-belah online yang lain, Zalora Malaysia nampaknya menawarkan penghantaran secara percuma dan masa penghantarannya juga lebih cepat," katanya memuji susun letak grafik Zalora Malaysia yang kemas dan mesra pengguna.

Pocket Tee

Jam Tangan

Stripped Short Sleeve

Sementara itu penyanyi Alyah yang baru pertama kali merasai pengalaman membeli-belah secara online, cukup teruja dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Zalora Malaysia kepada setiap pelanggannya.

Malah, sebagai wanita yang gemarkan kasut, Alyah telah membeli dua pasang kasut tumit tinggi, sepasang kasut sukan dan juga tas tangan bagi menyerikan sambutan Lebaran bersama keluarga tersayang.

"Memang membeli secara online tidak membolehkan kita memegang atau menyarungkan barang yang disukai sebagai berkunjung ke gedung beli-belah biasa, tetapi Zalora Malaysia memberikan kemudahan yang lebih terperinci untuk setiap barangannya.

"Sebagai pelanggan, saya turut diberi tahu material setiap barangan yang saya minati sebagai informasi tambahan sebelum membuat pembelian dan banyak pula pilihan terkini untuk saya yang memang gemar berfesyen.

"Masa yang saya peruntukan juga lebih jimat berbanding membeli-belah di luar. Kadang kala dalam perjalanan ke lokasi persembahan, saya masih boleh membeli-belah secara online. Sekurang-kurangnya masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja," katanya.

Toe Heels

Modern Heels

Free Gyms

Zalora Malaysia adalah sebahagian darpadai kumpulan Zalora dengan kehadiran serantau Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong.

Untuk musim perayaan tahun ini, Zalora telah bekerjasama dengan OrphanCARE, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk memastikan keselematan dan penjagaan anak-anak yatim serta bayi terbiar. Tunjukan keprihatinan anda dengan mendermakan RM2 kepada OrphanCARE. Anda boleh berbuat demikian ketika membauar pembayaran untuk setiap pembelian anda.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: