Zetty Adila: Adam & Hawa Tak Tiru Ombak Rindu

berita | Tempatan

Zetty Adila: Adam & Hawa Tak Tiru Ombak Rindu

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2012: Selepas filem yang diadaptasi daripada novel iaitu Ombak Rindu berjaya mendapat tempat di hati penonton, semakin banyak syarikat produksi drama dan filem yang mula mengikut trend yang sama termasuklah Global Station Sdn Bhd yang telah pun berjaya menerbitkan drama bersiri Adam dan Hawa yang bakal disiarkan di saluran berdefinisi tinggi, Mustika HD (saluran 134) setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula 27 Ogos ini.

Diadaptasi daripada novel yang turut menggunakan judul yang sama, drama bersiri sebanyak 80 episod itu turut mempertaruhkan aktor kacak, Aaron Aziz dengan Nadiya Nisaa sebagai tunggak utamanya.

Namun begitu, Penerbit Eksekutif Global Station Sdn Bhd , Zetty Adila berkata, pihaknya tiada niat langsung untuk meniru idea dan usaha Tayangan Unggul yang telah mengadaptasikan novel Ombak Rindu ke layar perak, yang mana ianya telah diarahkan Osman Ali.

"Kalau nak kata kami tiru Ombak Rindu, saya tidak setuju kerana kami beli hak cipta daripada penulis novel tersebut, Aisya Sofea sebelum filem Ombak Rindu dihasilkan lagi.

"Malah, jika nak memperkatakan tentang trend pula, saya rasa trend adaptasi novel ini bukanlah sesuatu yang sangat baru dalam industri perfileman kerana di luar negara pun ianya sudah lama bermula.

"Cuma di Malaysia, kita baru hendak bermula dengan konsep seperti ini. Jadi, ini bukan soal siapa hendak tiru siapa.," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Menariknya, drama bersiri itu telah menampilkan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Hafiz Suip sebagai penyanyi lagu OST dramanya yang berjudul Muara Hati yang telah pun dilancarkan pada sidang medianya menerusi paparan muzik videonya.

Mengulas lanjut mengenai drama bersiri tersebut, Adila memberitahu dia yakin pasti ramai yang amat menantikan kehadiran drama bersiri Adam dan Hawa ini kerana novelnya sendiri sudah punya kelompok peminat atau pengikutnya sendiri.

"Seperti yang semua sedia maklum, novel initelah mempunyai pengikut yang ramai sejak dari dahulu lagi kerana ia menampilkan kisah cintanya yang menarik serta menyentuh hati. Jadi pasti ramai yang hendak menonton ceritanya apabila ia diadaptasikan ke skrin TV.

"Kami juga bekerjasama rapat dengan penulisnya supaya apa yang digambarkan serta dirasainya sewaktu menulis novel ini, dapat diluahkan dengan bermakna ke dalam drama. Malah kami turut memastikan bahawa 90 puluh peratus bahan cerita daripada novel itu dapat diadaptasikan sepenuhnya ke dalam drama ini.

"Menariknya kini penonton sudah tidak perlu membayangkannya lagi kisah cinta Adam dan Hawa ini, sebaliknya mereka akan melihat atau menghayati sendiri bagaimana Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa menterjemahkan lakonan mereka menerusi watak yang dibawakan masing-masing daripada novel tersebut,"jelasnya lagi.

Selain Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, drama bersiri yang diarahkan oleh Feroz Kader itu turut dibarisi pelakon lain seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Adnan, Aznah Hamid serta ramai lagi.

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani (Nadiya Nisaa) seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam (Aaron Aziz). Ain Hawani atau Hawa dan Adam telah berkenalan dan berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang . Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa Ego.

Adam tetap berusaha untuk menawan kembali hati Hawa. Bagaimana kesudahannya? Saksikannya di saluran berdefinisi tinggi, Mustika HD (saluran 134) setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 27 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Adam & Hawa, sila layari Astro Gempak.

Komen-Komen | 5

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ape ko merepek ni octopus..mustika hd tu kat astro lah..bukan pasal tv..gila zaman batu ko ni..
fcd - 27-Aug-2012

1 lagi drama menarik, penuh inspirasi selepas drama Nur Kasih (2009) & filem Ombak Rindu (2011). PS - saya berharap agar astro RIA/PRIMA menyiarkan drama ini dalam siaran SD serentak dengan siaran di astro MUSTIKA HD. Bagi sarikata English buat semua
@dzhafqimmurai - 27-Aug-2012

sume cerita yg diadaptasikan dr novel ttp sma..cma yg beza ye adalah dr segi lakonan para pelakon..jika para pelakon dpt menarik perhatian penonton cerita itu ttp jadi terbaik..jln cerita sume sma..hnya kite yg nilai mn yg lbh baik..
ie - 26-Aug-2012

x payah.. baca novel die lg feeling.. huhuhu..
ella - 24-Aug-2012

kt rumah tak pakai LCD or LED tv. so tak dapat la tgk ek. niceeeeeee! sobs sobs. :'(
miss octopus - 17-Aug-2012