Motif Abby Abadi `Terasa` Dengan Ustaz Azhar Idrus?

gosip | Gosip kita

Motif Abby Abadi `Terasa` Dengan Ustaz Azhar Idrus?

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2012: Sejak beberapa hari lepas, Murai Batu ada terdengar kisah Abby Abadi terlibat dalam satu perhimpunan yang Murai Batu rasa lebih manis disebut majlis ilmu kerana majlis ia menampilkan seorang ikon baru iaitu Uztaz Azhar Idrus yang menjadi tempat rujukan tentang perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Program yang dinamakan Santai Anak Muda bersama Selebriti turut menampilkan penyanyi Faizal Tahir sebagai salah seorang panel dan pelawak Man daripada program Raja Lawak sebagai tetamu undangan. Acara tersebut khabarnya diadakan bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hujung minggu lalu.

Namun, bukan isu kemunculan Faizal Tahir atau Man yang jadi perhatian tetapi Abby Abadi yang telah men'kantoi'kan diri sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus walaupun tokoh yang dihormati ini sudah pun menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu.

Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih 'lagha' (lalai). Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.

Ertinya, adakah benar Abby pernah berbuat demikian sampai dia mendakwa perkara itu sebagai fitnah? Atau dia tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun.

Hmmm.. entah, Murai Batu tidak tahu apa perasaan sebenar yang bermain di fikiran mengenai teguran daripada Ustaz Azhar yang katanya tidak menyelar sesiapa tetapi kenapa Abby nak terasa lebih? Orang kata kalau siapa makan cili dia yang akan terasa pedas.

Dalam situasi ini Murai Batu rasa biar Abby nilai dan timbang balik, lagipun dia juga sedang giat melibatkan diri dalam majlis ilmu sebegini jadi dalam masa yang sama dia boleh menambah ilmu agama, barulah dia akan dipandang tinggi dan cakapnya diterima.

MURAIBATU: Kadang-kadang lebih banyak bercakap, lebih banyak salah yang dibuat. Jadi, lebih baik diam sajalah...

Komen-Komen | 43

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





diharap dimasa hadapan ceramah sebegini yg tinggi ilmunya dan diceramah oleh penceramah yg tinggi ilmu agamanya seperti ustaz Azhar, biarlah moderatornya pun yang selayaknya seperti ustazah2, ustaz2, pengacara TV @pun mereka terlatih. wassalam
nisha - 5-Sep-2012

Apa ni? UIA tak tuduh sesiapa pun dia nak gelabah lebih-lebih. Adoi.
norulez - 5-Sep-2012

dah brhijrah,buat cr dh bhijrah..jg mulut,tgkh laku..bkn sekadar baju dan tudung je..kalau rs mrh pd 'sesiapa',istigfar dn muhasabah dri..kalau dri dh bhijrah tp asyik kondem org lain xdpt hidayah nk hjrah lg,xguna hijrah anda tu..
bearbear - 5-Sep-2012

Sebenarnya bukan Abby Yang sensetif tetapi mereka2 yang membenci beliau, Abby hanya memberi pandangan dan pendapat sajakan.
amelia sidek - 5-Sep-2012

hai Abby, kalau bicara biarlah yg munasabah, jangan mengikut perasaan marah . ini hanyalah nasihat untuk anda , saya dan semuanya. sebaik-baiknya , kita lebih banyak mendengar , berfikir dari berbicara melulu..
desmu - 31-Aug-2012