Hah! Apa... Aaron Aziz Kena Tangkap Khalwat?

gosip | Gosip kita

Hah! Apa... Aaron Aziz Kena Tangkap Khalwat?

addthis kongsi icon

KL, 16 Ogos 2012: Terkejut Murai Batu bila dapat tahu berita ni. Betulkah aktor favourite Murai Batu kena tangkap khalwat? Betulkah? Oh! Tidak...Tidak... Tidak mungkin... Dan sukarnya rasanya bagi Murai Batu untuk mempercayainya khabar berita tersebut.

Apatah lagi pada bulan ramadan yang mulia ini dan dalam masa beberapa hari lagi, hari lebaran bakal menjelang tiba. Lagipun, selama menceburi bidang seni lakonan di negara ini, tidak pernah sekali pun, Murai Batu dengar apa-apa cerita yang tidak enak pasal Aaron Aziz.

Sebab tidak puas hati, Murai Batu cuba selidiki. Rupa-rupanya memang betul seperti apa yang dikata. Aaron Aziz memang kena tangkap khalwat tetapi ianya bukanlah berlaku dalam dunia realiti.

Sebaliknya, ia berlaku sewaktu Aaron Aziz sedang menjayakan babak berkhalwat dalam drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa yang bakal ditayangkan di Mustika HD (Saluran 134) pada 27 Ogos ini.

Dalam drama ini, Aaron Aziz memang watak sebagai seorang jejaka kacukan Melayu-Inggeris, Adam Mukhriz Gellespie yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis remaja kampung bernama Ain Hawani lakonan Nadiya Nisaa.

MURAIBATU: Fuh lega dengar cerita yang sebetulnya tapi sekarang ni Murai Batu tak sabar nak tengok Adam & Hawa.

Untuk maklumat lanjut tentang Adam & Hawa, sila layari Astro Gempak.

Komen-Komen | 3

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





awal2 lg dh tahu.. mmg propa lah ko mizz propa.. puiit..!!
Macham - 17-Aug-2012

alaa..mcm aaron 2 kasyaf,x buat silap..mcm laa dia nabi sampai x mungkin buat silap..jgn kate x mgkin buat silap slagi kite bernama insan biasa..
noh - 17-Aug-2012

kau kalau ye pn nk buat saspen,bg ler tajuk elok2 sikit,ni x bg topik kena tangkap khalwat dlm drama pn ko nk kecoh pehal kau,buat nye org xtau then bc tajuk ko cmni org ingt btul bleh jd fitnah tau.nk raye ni.agak2 la..
lala - 17-Aug-2012