Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2012: Tidak seperti Syawal lalu, pelakon yang kini sudah manis bertudung, Ayu Raudhah memberitahu Aildilfitri kali ini dia mempunyai masa yang sangat terhad untuk disambut bersama suami tercinta, Zaquan Adha.
Malah, Ayu Raudhah menjelaskan dia hanya mempunyai hari raya pertama sahaja untuk meluangkan masa sepenuhnya bersama suami yang juga pemain bola sepak negara itu kerana Zaquan bakal menjalani latihan dan perlawanan bola sepak unyuk Piala Malaysia pada hari berikutnya.
"Rasa terkilan juga bila raya tahun ini Zaquan terpaksa memberi komitmen kepada Piala Malaysia. Tapi saya tetap bersyukur kerana masih sempat beraya pada hari raya pertama di rumah keluarganya yang terletak di Seremban.
"Cuma rasa sedikit tak best apabila raya kedua nantim dia sudah mula menjalani latihan perlawanan bola sebelum perlawan hari sebenarnya jatuh pada raya yang keempat.
"Jadi raya kedua Zaquan akan hantar saya ke lapangan terbang supaya saya boleh pulang seorang beraya bersama keluarga saya di Alor Setar," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Sungguh pun begitu, Ayu memberitahu dia gembira kerana perlawanan Piala Malaysia itu akan berlangsung di Kedah dan Zaquan berkesempatan untuk singgah di rumah keluarganya pada hari raya ke-3, yang mana ketika itu keluarganya turut mengadakan majlis rumah terbuka.
"Secara kebetulan pula perlawananPiala Malaysia itu dilakukan Kedah dan saya cukup gembira kerana Zaquan mahu pulang sebentar ke kampung saya untuk beraya serta memeriahkan majlis rumah terbuka kami.
"Apa-apa pun saya terpaska redha dan memahami tugasnya serta kesibukannya dengan latihan dan perlawan bola. Malah sepanjang Syawal ini dia bakal sibuk dengan perlawan Piala Malaysia hingga ke seluruh negeri selepas ini,"luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbarunya, Ayu bakal menjalani beberapa rangka promosi untuk filem terbaru lakonannya berjudul Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September ini.










