Eratkan Jalinan Bersama Seleksi Aidilfitri Di Astro

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Eratkan Jalinan Bersama Seleksi Aidilfitri Di Astro

addthis kongsi icon

Susunan oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2012: Syawal yang dinantikan oleh semua bakal menjelma dan bahang sambutan hari raya sudah dapat dirasakan. Astro juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjadi medium pengerat silaturrahim dengan kempen Eratkan Jalinan melalui program-program yang ditawarkan sempena Aidilfitri ini.

Eratkan Jalinan menjadi kata kunci bagi sambutan Syawal bersama Astro yang akan menghimpunkan 104 buah program di sembilan buah saluran terpilih sempena musim raya ini. Selain dapat menonton rancangan dalam bentuk definisi tinggi, penonton akan dihidangkan dengan variasi pilihan program daripada genre yang berlainan seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert,majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem-filem tempatan dan antarabangsa menanti anda di Aidilfitri ini.

Astro Ria saluran 104 yang merupakan peneraju kepada kempen Eratkan Jalinan ini menawarkan rancangan seperti Propaganza Edisi Raya, Helo Bro..Tolong Masak Raya Ni!, Randy! OhMyRaya!,Aaron & Zizan...Beraya Sampai Pengsan!. Manakala program -program hiburan seperti Raya Hafiz Raya, Eh! Eh! Raya Erra serta koleksi telefilem hebat termasuklah Siapa Dapat Lisa, Lemang Sebatang, Spagetti Kuah Lodeh, Pulut Kacau Meriam Kabait, Kasih Andak dan banyak lagi akan disiarkan di Astro Prima (105).

Bagi peminat rancangan realiti Imam Muda dan Ustazah Pilihan, Syawal ini Astro Oasis (106) menyajikan program istimewa seperti Imam Muda Musim 3 - Jejak, Destinasi Prihatin Ustazah Pilihan selain Rasa Halal Antarabangsa Raya, telefilem Tanah Kubur; Mencari Lailatulqadar dan Takbirku Bernoktah.

Seperti biasa Astro Citra (131) akan tampil dengan filem-filem terkini seperti Karipap-Karipap Cinta, It's A Great Great World serta sebuah telefilem hebat lakonan mantap Remy Ishak, Dira Abu Zahar & Johan Ashaari berjudul Kau Untukku. Satu-satunya saluran komedi di Malaysia, Astro Warna (132) bakal menyajikan program-program komedi bermutu tinggitermasuklah Karoot Komedia X Raya, Warna Raya 2012, Melatah Raya 2012, Lawak Ke Der? Serta telefilem seperti Ini Baru Betul Raya dan Daging Batang Pinang.

Adam & Hawa, siri baru yang dibintangi oleh nama-nama popular seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Amyza Adnan dan ramai lagi dapat ditonton di Mustika HD (134). Manakala saluran kanak-kanak, Astro Ceria (611) juga turut membariskan program-program seperti Ceria Berhari Raya serta program berbentuk animasi seperti Upin & Ipin Raya dan Pada Zaman Dahulu.

Peminat artis seberang, boleh menyaksikan program-program hiburan dan konsert seperti Opera Van Java Spesial Lebaran, Bukan 4 Mata,Harmoni: Masterpiece By Erwin Gutawa, Zona Memori: Hetty Koes Endang, Zona Memori: Bob Tutopoli & Koes Hendratmo serta banyak lagi di saluran Bintang (141).

Manakala menerusi saluran Pelangi (142) pula, antara filem-filem menarik yang telah disusun khas termasuklah Get Married 3, Malaikat Tanpa Sayap, Arwah Goyang Kerawang, Sang Pencerah serta banyak lagi.

Berikut adalah seleksi program- program raya di semua saluran eksklusif Astro yang menjadi pilihan Murai dan wajib anda tonton sepanjang Syawal 1433 ini.

Anda juga boleh mendapatkan informasi menarik dan lengkap mengenai pilihan program Aidilfitri Astro di portal Astro Gempak.

ASTRO RIA (SALURAN 104)

Mega Raya 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012, 11.00 malam

Barisan selebriti: Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Scha Alyahya, Elfira Loy, Kumpulan Shiro, Shahir, Hazama, Hafiz, Ebi, Chaq, Stacy, Akim, Adira, Aril, Shila Amzah, Kumpulan Kristal

Menyambung tradisi raya saban tahun, Megaraya 2012 menampilkan artis ekslusif Astro dan Mania bergabung dalam sebuah rancangan hiburan popular untuk Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi dan menyelitkan nyanyian, ucapan raya dan juga permainan yang menghiburkan. Pelbagai lagat artis dapat dilihat di dalam program ini.

Hantu Susu Kembali

Rabu, 29 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Erra Fazira, Marsha, Amy Mastura, Sharifah Shahora, Reza Mohamed, Fir Affandi

Telefilem komedi mengisahkan empat hantu hidup dengan aman damai bersama orang kampung dan teman lelaki masing-masing, walaupun pada hakikatnya teman lelaki mereka tidak mengetahui bahawa mereka adalah hantu. Pada suatu hari, seorang demi seorang penduduk kampung ditemui mati dan hantu-hantu ini mula mengesyaki teman lelaki masing-masing sebagai pembunuhnya. Tanpa diketahui mereka, salah seorang daripada teman lelaki mereka merupakan adik kepada Hantu susu yang membantunya untuk mendapatkan kembali kuasa.

ASTRO PRIMA (SALURAN 105)

Pulut Kacau Meriam Kabait

Selasa, 21 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Barisan pelakon: Remy Ishak , Tasha Syilla , Afeeq Muiz , Arja Lee

Mengisahkan tentang Bayu, seorang jurugambar bebas yang berfikiran moden dan masih tidak dapat melupakan kekasihnya, Izati. Tanpa pengetahuan Izati, Bayu pergi ke kampung Izati untuk menyiapkan tugasannya merakamkan kehidupan di bulan ramadan serta cara membuat kuih tradisional. Kehadiran Bayu di kampung diterima baik oleh datuk, nenek dan Idham iaitu adik Izati. Keadaan mula menjadi tegang apabila Izati pulang ke kampung dan masing-masing bersaing untuk membuat pulut kacau (wajik).

ASTRO OASIS (SALURAN 106)

Imam Muda Musim 3 - Jejak

Selasa & Rabu, 21 & 22 Ogos 2012, 6.30 petang

Hos: Juara & Naib Juara Imam Muda 3

Program pasca Imam Muda ini akan menceritakan tentang kisah suka duka pahit maung perjalanan hidup Individu yang bergelar Juara Imam Muda. Episod ini juga akan turut menjejaki individu berjaya ini ke pangkuan keluarga, sahabat handai serta kampung halaman yang ditinggalkan bagi mencari ilmu dan pengetahuan ketika di dalam program Imam Muda. Selain mengimbas suasana silam, episod ini juga akan mendedahkan perkongsian aspirasi, masa depan dan perancangan hidup sebagai Juara Imam Muda

ASTRO CERIA (SALURAN 611)

Upin & Ipin Raya

Upin & Ipin merupakan sebuah siri animasi mengenai 2 adik beradik kembar berumur 5 tahun, Upin dan Ipin, menceritakan tentang pengalaman pertama mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Ceria ini diberitahu melalui perspektif mereka dengan cara yang mudah difahami, dan lucu. Nenek mereka, Opah, dan Kakak Ros sedia untuk memberi mereka panduan dan nasihat di dalam cerita ini. Nilai-nilai murni dalam cerita ini senang difahami oleh kanak-kanak dan dapat mempengaruhi mereka dengan positif.

ASTRO CITRA (SALURAN 131)

Kau Untukku

Ahad, 19 Ogos 2012, 11.00 malam

Barisan pelakon: Remy Ishak, Dira Abu Zahar & Johan Ashaari

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam. Apabila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula

ASTRO WARNA (SALURAN 132)

Karoot Komedia X Raya

Jumaat, 24 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Johan, Yus, Shuib, Jepp, Ebby Yus, Sabri Yunus, Nabil dan Kila Fairy

Kecohan berlaku di wad pesakit. Terdapat tiga pesakit yang dimasukkan ke rumah sakit di petang raya. Pertama kerana main mercun, kedua kerana ditendang lembu sewaktu hendak sembelih lembu, ketiga kerana jatuh daripada tangga sewaktu membantu isteri menggantung kain langsir. Kekecohan berlaku kerana isteri dan skandal datang melawat yang mana kebetulan mereka dijaga oleh seorang doktor jelita.

INDO PEK - BINTANG (SALURAN 141)

Harmoni: Cinta Indonesia

Ahad, 19 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan artis: ST12, Wali, Ungu, Syahrani, Afgan, Gita Gutawa, SM*SH, Nidji, Kotak, Geisha, Rossa, D'Bagindas, Armada, Ridho Rhoma, Xo-IX, Dira Sugandhi, Lea Simanjuntak, Eka Deli, 7icons, Cherrybelle, dan masih banyak lagi.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia, SCTV menganjurkan sebuah konsert yang disertai oleh pelbagai selebriti terkenal berserta iringan muzik yang dimainkan merdu oleh Erwin Gutawa Orchestra.

INDO PEK - PELANGI (SALURAN 142)

Arwah Goyang Kerawang

Sabtu, 18 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan artis: Julia Perez dan Dewi Perssik

Lilis terpaksa kembali menjadi penari di sebuah kumpulan tarian jaipong Goyang Karawang, setelah sekian lama dunia yang dulu pernah membesarkan namanya sebelum berkahwin. Aji sebagai suami Lilis, tidak lagi bisa mencegah karena Aji tidak berdaya karana keadaan ekonomi rumah tangganya berantakan semenjak dia menganggur. Kembalinya Lilis kedalam kumpulan rupanya membuat perubahan yang luar biasa. Disetiap penampilannya diatas pentas, Lilis selalu saja menjadi pusat perhatian pengunjung pub Bintang Kejora.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda