Nelly Furtado Idam Duet Bersama TOP

berita | Luar Negara

Nelly Furtado Idam Duet Bersama TOP

addthis kongsi icon

Susunan: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

SINGAPURA, 22 OGOS 2012: Ketika membuat kunjungan ke Singapura, baru-baru ini bagi mempromosikan album kelima berjudul The Spirit Indestructible, penyanyi antarabangsa, Nelly Fortudo bakal kembali dengan lagu terbaru yang bersesuaian dengan citarasa muzik zaman sekarang.

Malah, Nelly yang sebelum ini gemar membawakan lagu berentak pop ke arah kemasyarakatan dan R&B berjanji akan muncul dengan lagu berentak baru yang ada menyelitkan muzik elektro seperti mana muzik dari Korea Selatan.

Pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Hard Rock itu, Nelly yang kembali dengan semangat baru berkongsi keinginan dan hasrat untuk bekerjasama dengan bintang K-Pop kacak iaitu TOP dari kumpulan Big Bang.

Malah, Nelly menegaskan keinginan tersebut bersesuaian dengan muzik K-Pop yang semakin berleluasa ke seluruh dunia berserta menjadi pilihan sebagai nada dering telefon.

Walaupun Nelly tidak mendedahkan butir lanjut mengenai hasratnya itu, dia berjanji bahawa perancangan ini bakal menjadi.

"Saya akan merealisasikan ini sebagai satu kenyataan. Bukan sekadar angan-angan kosong. Saya juga melihat kerjasama ini satu perkara yang amat bagus memandangkan muzik K-Pop dan J-Pop semakin mendapat tempat penggemar muzik dunia. Saya suka dengan apa yang mereka usahakan," kata Nelly.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: