Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2012: Bertemakan Terbaik Raya tahun ini, stesen televisyen, TV3 meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik yang bakal disiarkan sepanjang Syawal bermula 18 Ogos hingga 26 Ogos 2012.
Terbaik Raya bakal menampilkan pelbagai jenis bentuk hiburan untuk penonton seperti filem-filem terhebat blockbuster, program hiburan, variasi dan dramedi terbaik serta rancangan berbentuk majalah dan dokumentari.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata setiap tahun TV3 menjadi pilihan utama penonton untuk menyaksikan pelbagai rancangan menarik sempena Syawal dan tahun ini ia berterusan lagi dengan menyediakan lebih banyak rancangan menarik yang pasti tidak menghampakan.
"Sebagai sebuah saluran televisyen yang sentiasa menjadi pilihan utama pada musim perayaan, TV3 tidak pernah menghampakan jutaan penonton setia dengan sajian program-program menarik pada Hari Raya.
"Tahun ini, TV3 sekali lagi menyusun pelbagai program dari luar dan dalam negara, termasuklah program yang diterbitkan oleh produksi kami sendiri. Kami yakin TV3 mampu meraih kadar penonton yang tinggi sepanjang minggu Aidilfitri ini.
"Lebih istimewa, TV3 juga memperkenalkan watak Adiwira animasi popular, Boboiboy dan rakan-rakan sebagai ikon kempen menyeluruh Terbaik Raya," katanya.
Istimewanya sempena Syawal ini, TV3 menerusi Terbaik Raya bakal membawakan tayangan eksklusif di dengan filem-filem hebat seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Mael Lambong, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan RA One (Hindi). Tidak ketinggalan, telemovie istimewa yang menyentuh perasaan seperti Nur Ramadan, Fatihah Untuk Abah, Pelita Buluh Tok Wan, Takbir Along Untuk Angah, dan Di Bawah Langitmu.
Selain itu, TV3 juga turut menyediakan program hiburan, variasi dan dramedi terbaik seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya, Ziana, Amy & Erra, Irama, Mentor 6 Raya, sebelum Raya, Dua Dalam Satu, 48 Jam dan Buletin Cinta.
Selain daripada program-program ini, rancangan berbentuk majalah dan dokumentari juga turut dihidangkan. Antaranya, Malaysia Hari Ini (MHI) Khas Raya dan Nona Raya.
Menariknya semua program hiburan yang disediakan dalam Terbaik Raya itu melibatakan ramai selebriti popular seperti Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Puteri Sarah, Amran Ismail, Azad Jasmin, Siti Shahrizah (Eja), Aida Khaleeda, adik Farah, adik Naim Daniel, Nora Danish, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad, Ako Mustafa, Izzue Islam, adik Furina, Rozita Che Wan, Emma Akma, Fadzlina Ahmad Daud, Zuhairi Ibrahim, Arash Mohamad, Fifi Natasha, adik Balkish, Fizz Fairuz, Dato' Tarmimi Siregar, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, Ana Syuhada dan ramai lagi,
Walau bagaimanapun sekiranya penonton bimbang terlepas peluang menyaksikan pelbagai program menarik ini di televisyen, mereka boleh melayari www.tonton.com.my. Ini kerana buat pertama kalinya portal video ini akan membawakan siaran streaming secara langsung secara percuma untuk tujuh hari bermula 18 hingga 24 Ogos 2012.










