Dipuji Fazura, Izara Aishah Lebih Bersemangat

berita | Tempatan

Dipuji Fazura, Izara Aishah Lebih Bersemangat

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto ihsan Ekuinas

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2012: Pertemuan di antara pelakon baru popular, Izara Aishah dengan Fazura yang juga merupakan salah satu idolanya dalam sebuah sesi fotografi muka hadapan majalah telah mengukir kenangan manis buat aktres muda tersebut apatah lagi bila seniornya itu memuji keberadaannya dalam bidang seni lakonan.

Fazura juga berkata Izara mepunyai masa depan yang panjang di dalam industri lakonan tanah air dan bakal menggantikan para pelakon-pelakon hebat yang ada masa kini dengan bakat juga perwatakan serta sikapnya yang sentiasa mesra dengan peminat serta bijak, dalam waktu yang sama pandai menjaga tingkah tingkah lakunya.

Izara berkongsi kisah ini ketika dia ditemui portal murai.com.my pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di restoran Burger King, Shah Alam di mana dia berada di situ atas tiketnya sebagai duta Burger King.

"Sebagai seorang pendatang baru dalam bidang ini, mendapat pujian dan kritikan membina sedemikian merupakan perkara satu bonus buat Izara yang baru 2 tahun bergelar pelakon.

"Rasa bangga pun ada, malah Izara rasa lebih bersemangat untuk terus memperbaiki mutu lakonan dan mencontohi para pelakon yang saya jadikan idola seperti Fazura sendiri termasuklah Maya Karin dan Nadiya Nisaa,"ujarnya yang turut mengagumi aktor hebat antarabangsa seperti Denzel Washington dan Charlize Theron.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa finalis Dewi Remaja ini pernah mengaku sudah mempunyai teman lelaki semenjak zaman sekolah lagi. Namun, ada perkhabaran mengatakan bahawa jejaka tersebut datang daripada keluarga yang dikenali ramai.Apabila ditanya tentang hal tersebut, Izara memilih untuk tidak menjawabnya.

"Rasanya cukup sekadar peminat dan umum mengetahui yang Izara sudah mempunyai teman istimewa. Tentang siapakah dia, dari mana asalnya cukuplah sekadar Izara sahaja yang tahu kerana Izara tidak mahu ada sebarang cerita yang kurang elok timbul di kemudian hari.

"Soal jodoh pula buat masa ini ia belum berada dalam agenda utama Izara sebab buat masa ini Izara nak fokus kepada kerjaya dan kukuhkan nama dalam industri. Seperti biasa soal jodoh bukan kita yang tentukan, Izara berserah sahaja pada ketentuanNya," kata pelakon berusia 20 tahun ini sambil memberikan jawapan yang selamat.

Pernah dilanda satu cerita panas mengenai sikapnya yang dikatakan telah berubah setelah popular, perkara tersebut diambilnya sebagai lumrah dalam dunia seni. Bagi Izara Aishah, iniadalah jalan yang dipilihnya sendiri, jadi dia harus menerima apa sahaja dugaan sebagai seorang pelakon.

"Kadang-kadang tertekan juga apabila ada terdengar cerita kurang elok pasal Izara. Maklumlah pergerakan kita sentiasa diperhatikan, jadi semua itu sudah Izara fikirkan dahulu sebelum membuat keputusan masuk ke dunia seni ini.

"Lagipun mungkin ramai yang tidak tahu walaupun sudah berusia 20 tahun tetapi Izara masih lagi mempunyai curfew,"tambahnya lagi.

Dia juga memandang Dato' Siti Nurhaliza sebagai contoh untuknya mengekalkan kedudukan dan reputasi sebagai anak seni kerana bagi Izara, tidak perlu untuk melakukan semua perkara dalam satu masa untuk mengejar nama.

Sebaliknya, apa yang penting adalah memberikan fokus pada satu bidang dan lakukan yang terbaik seperti Dato' Siti Nurhaliza yang terus berjaya kekal menjadi penyanyi pujaan walaupun sudah berbelas tahun menjadi anak seni.

Komen-Komen | 1
Hantar Komen Anda
bila agaknya izara akan berganding dgn idola dia, maya karin ???? :)
jega - 16-Aug-2012