Kelly Clarkson Berjaya Turunkan Berat Badan 30lbs

berita | Luar Negara

Kelly Clarkson Berjaya Turunkan Berat Badan 30lbs

addthis kongsi icon

LOS ANGELES, 17 OGOS 2012: Barangkali ramai yang akan terkejut apabila melihat penampilan baru juara American Idol pertama, Kelly Clarkson. Tiada lagi lemak-lemak yang menghuni tubuh badannya.

Malah, dia kelihatan cukup langsing setelah kehilangan berat badan sebanyak 30 pounds. Rahsianya? Sebenarnya, tiada ada apa-apa yang dilakukan penyanyi Since U Been Gone ini kecuali melakukan rutin senaman baru dan mengawal pemakanannya.

Nyata dia kelihatan cukup gembira dengfan figura barunya itu.

"Tiada apa-apa yang saya lakukan. Sebaliknya saya cuba untuk makan sedikit dan lebihkan banyak senaman. Itu saja. Tapi, tidak kiralah saiz apa pun, saya tetap suka buat persembahan," katanya.

Begitupun, ada faktor utama yang membuatkan Kelly Clarkson berjaya menurunkan berat badannya itu. Ianya dikatakan berpunca daripada teman lelaki barunya, Brandon Blackstock iaitu anak tiri kepada penyanyi country, Reba McEntire.

Sumber memberitahu bahawa Brandon Blackstock adalah motivasi terbesar Kelly Clarkson dalam usahanya tampil keceil itu. "Brandon adalah lelaki pertama yang mengatakan bahawa dia cantik dan seksi. Disebabkan itu dia mahu kelihatan menarik pada pandangannya," kata pengurus Kelly Clarkson.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: