Persiapan Syawal Aiman, Sushmita Sen Dirompak?

gosip | Gosip kita

Persiapan Syawal Aiman, Sushmita Sen Dirompak?

addthis kongsi icon

KL, 14 OGOS 2012: Kalau hendak diikutkan, tinggal kurang 5 hari saja lagi bagi umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan 1 Syawal atau Hari Raya Aidilfitri yang cukup dinantikan.

Murai Batu pasti di luar sana ramai yang sudah berada dalam mood beraya. Oleh itu, mood kerja, belajar dan aktiviti lain semakin menjauh dari minda masing-masing. Fikiran kita sekarang ini sudah terfikirkan kampung halaman, kuih raya, lemang dan ketupat bagai, persiapan raya seperti baju, kasut, langsir dan sebagainya.

Seperti umat Islam lain, Murai Batu juga tak lari dari memikirkan perkara-perkara itu. Dalam sibuk membuat persiapan, Murai Batu tak ketinggalan untuk menyemak kerja harian seperti apa yang berlaku dalam portal Murai serta Astro Gempak.

Menariknya, Murai Batu terbaca dalam Astro Gempak persiapan seorang artis baru ini, iaitu Aiman yang mula dikenali menerusi lakonannya bersama Izara Aishah dalam drama Vanilla Coklat. Bagaimana persiapan anak muda ini ye?

Majoriti media hiburan lebih tertumpu kepada nama-nama besar tentang persiapan raya mereka. Namun Murai Batu yakin ada juga yang ingin tahun persiapan artis baru yang sedang meningkat naik seperti Aiman.

Nak tahu perkembangan pemilik nama Aiman Hakim Ridza ini? Layarilah Astro Gempak ye.

Ada juga cerita tentang aktres Bollywood cantik, Sushmita Sen yang dikatakan telah dirompak di Athens. Kejadian berlaku di lapangan terbang bandaraya itu dan dikatakan tidak sampai 10 saat, aktres tersebut telah menyedari dirinya dirompak. Bagaimana ianya terjadi?

Dapatkan berita lanjut di Astro Gempak.

MuraiBatu: Harap kaki segera pulih sebelum menjelangnya Aidilfitri ini. This pain is killing me kata orang putih.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: