KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Masa berlalu begitu pantas, mungkin ada yang lupa bahawa kita sudah berada di minggu terakhir untuk melengkapkan rukun Islam yang ketiga yakni berpuasa. Terasa seperti baru sahaja kita memasuki bulan Ramadan nan mulia ini; menikmati juadah enak kala berbuka dan kemalasan untuk bangun sahur, ini semua hanya boleh dirasai setahun sekali.
Bagaimana pula dengan persiapan raya? Sudah semestinya ia merupakan rutin yang dinantikan oleh ramai, tidak kiralah tua, muda, lelaki atau perempuan. Inilah masa untuk mereka melontarkan idea dan kreativiti untuk menyerlahkan penampilan masing-masing.
Dalam keghairahan kita membuat persiapan bagi Syawal nan mulia ini, ramai yang terlepas pandang kepada satu perkara yang mungkin bagi mereka tidak penting atau kurang penting kerana ia terletak nun jauh dibawah telapak kaki kita, ya kasut.
Kalau ada pun yang mengambil peduli mengenai pelindung kaki ini, tidak semua bijak membuat pilihan tepat dan ada kalanya kasut idaman anda itu akan memberikan anda mimpi ngeri setelah puas beraya, terpaksa pula mencari tukang urut buat kaki yang sakit dek kasut raya tersebut.
Tidak susah untuk anda membuat pilihan kasut yang mana satu sajak dengan penampilan, tempat dan waktu untuk anda pergi beraya. Cuma kenal pasti lokasi dan majlis yang bagaimana perlu anda hadiri, pasti anda akan kekal bergaya baik jejaka mahupun wanita.
Kali ini khusus buat para jejaka yang tidak mahu ketinggalan bergaya ketika bulan mulia Syawal, pelbagai variasi kasut atau sandal tersedia dan siap untuk anda sarungkan kala bertandang ke rumah teman atau sanak saudara.
Seringkali capal menjadi pilihan mereka dan ia sudah semestinya kena dengan penampilan anda yang lengkap berbaju melayu, tetapi jika seharian menyarung capal sudah pasti menyakitkan bukan? Pilihan lain yang boleh anda kenakan adalah sandal.
Dapat dilihat di pasaran, pelbagai pilihan sandal yang juga punya rekaan yang boleh digayakan dengan baju melayu. Ada rekaan yang ringkas dan disarungkan begitu sahaja, ada yang bertali untuk mereka yang mahukan kelainan dan ada juga yang dilengkapi dengan teknologi terkini agar kaki anda sentiasa selesa kala menyarungkannya.
Zalora Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memberikan anda pelbagai pilihan dan rekaan sandal yang menepati citarasa dan juga boleh digayakan di pagi raya mahupun kala ke rumah terbuka teman-teman. Seleksi yang ada nyata direka mengikut trend dan stail fesyen terkini.
Jenama seperti Albertini, Tomaz, Z Homme dan Rider antara jenama yang menawarkan anda pengalaman baru menyarungkan sandal yang selesa, bergaya dan menepati citarasa anda. Lebih daripada 20 label untuk dipilih dan inilah masanya anda uji deria fesyen anda.

Namun begitu bukan selama sebulan anda mahu berbaju melayu, dan sudah pasti sandal kurang sesuai dengan gaya smart kasual yang sering menjadi pilihan sang arjuna jika sudah jemu menyarungkan baju melayu.
Pilihan kasut yang kasual juga menjamin keselesaan yang berpanjangan dan pastikan ia praktikal dengan acara atau majlis kerana jika anda bertandang ke rumah yang harus membuka kasut sudah pasti kasut bertali akan melecehkan anda.
Kasut kasual yang ditawarkan Zalora Malaysia tidak kurang juga hebatnya daripada segi rekaan dan trend yang ditampilkan. Label seperti Fourskin, Dr Martens, Z Homme dan Scorpion antara pilihan yang mudah untuk dipadankan dengan gaya anda.

Nah, tidak sukar bukan membuat pilihan? Apatah lagi ada boleh melihat satu-persatu rekaan yang ditawarkan dengan mudah di laman online shopping Zalora? Dan anda tidak perlu risau jika telah bertemu pilihan hati kerana segala proses pembelian mudah untuk dilakukan di Zalora.
Syawal yang tiba setahun sekali ini akan menyerlahkan lagi penampilan anda dan ada yang berkata kalau wanita dilihat pada tas yang bawa manakala jejaka pula pada sepatu yang disarungkannya.
Untuk musim perayaan tahun ini, Zalora telah bekerjasama dengan OrphanCARE, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk memastikan keselematan dan penjagaan anak-anak yatim serta bayi terbiar. Tunjukan keprihatinan anda dengan mendermakan RM2 kepada OrphanCARE. Anda boleh berbuat demikian ketika membauar pembayaran untuk setiap pembelian anda.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
